Merdeka!

“Seksa aku dah habis!”

Itu la dialog Aziz kat Ramli, lepas habis sesi ujibakat dorang dalam filem Seniman Bujang Lapok. “Seksa”, merujuk pada ujibakat.

Aku pun nak jugak menggunakan dialog yang sama. Aku pun ter”seksa” jugak. Assignment ngan exam final. Dua-dua tu menyeksa zahir dan batin aku. Eheh! Macam poyo2 je kan?

Semalam tepat jam 12.30 tengah hari, aku berjaya menghabiskan semester kedua aku kat UTM nih. Alhamdulillah. Result peksa keluar dalam 2 minggu lagi. Tu cerita kemudian. Tawakal je lah. Yang penting sekarang, dua ”seksaan” yang aku sebut tadi dah lepas.

Lepas ni cuti 3 minggu. Takde kelas. 3 minggu takyah pikir, kalut, tension nak siapkan kerja sekolah yang melambak-lambak. Boleh la aku concentrate ngan benda2 lain. Kerja opis, kerja freelance, carik kerja.. opsss! :)

Minggu ni pun dah merancang2 nak berjalan. Lama tak keluar jalan2 sama family. Rasa2nya nak ke Janda Baik. Nak berkelah. Haris mesti suka. Hanim pun sama. Kali ni nak pegi ramai2 ngan adik beradik. Biar tempat tu kami yang conquer. Eheh!

Kenduri pun, ada 1-2 jemputan. Boleh jugak lah pergi. Kawan2 yang dah lama bersalin pun, boleh la pergi melawat.

Huu.. penuhnya aktiviti weekend nih. Kan ke best kalau dapat jalan-jalan ngan MyVi.

Iskkk... bila nak sampai myvi aku nih?!





Reactions

Post a Comment

1 Comments