Hari pertama Haris

Hari ni hari pertama Haris ke sekolah. Secara formal.

Hakikatnya Haris dah pernah pun ke sekolah tahun lepas, untuk sesi kelas mengaji. Cuma kedatangannya on dan off, tengok mood bapak dia, tengok mood cikgu dia. Eheh! Tahun lepas, bukan lah serious sangat nak suruh Haris sekolah. Saja nak kasi dia seronok. Saja nak kasi dia bergaul.

Sepupu [more]
Tapi tak lah "menjadi" sangat objektif tu. Haris memang bergaul, memang sangat-sangat bergaul, sebabnya lebih kurang 50% student kat sekolah tu sepupu sepapat Haris! Kui!

Tapi tahun ni, memang tahun untuk Haris bersekolah. Tadika. Umur Haris dah nak penuh 5 tahun bulan 3 ni. Ikutkan rasa hati, aku tak mahu lagi Haris bersekolah. Biarlah dia enjoy zaman kanak-kanak dia dulu.


Terkenang
Aku dulu pun mula tadika masa umur 6 tahun. Itu pun manjang ponteng. Dulu, classmate aku pun sepupu aku jugak. Sepupu tak datang, aku pun tak datang. Ahahaha! Tapi aku tak boleh samakan zaman aku dengan zaman Haris. Zaman aku, masuk darjah satu pun masih terkial-kial nak eja nama sendiri. Eheh! Otak lemau betul masa tu.

Zaman sekarang, dah dibudayakan untuk mengumpul sebanyak mungkin "A" dalam pembelajaran. Bila keputusan peperiksaan keluar, berdoyon-doyon lah yang teruja dengan jumlah "A" yang terkumpul. Tahniah. Memang kamu layak, jika dan hanya jika kamu benar-benar berusaha. Aku pun nak Haris macam tu. Hanim, Hanis. Aku nak anak-anak aku berjaya. Tapi bukan takat berjaya mengumpul "A", tapi jugak berjaya dalam sahsiah. Sedih, bila kita hanya melihat kejayaan secara tidak menyeluruh. Baru berjaya dalam PMR, umur masih mentah hanya mencecah tahun ke 15, tapi gaya ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan lansung tak mencerminkan umur.

Entahlah. Melihat kelakuan budak-budak zaman sekarang, mudah saja aku menuding jari pada mak bapak. Tak reti mengasuh anak. Kononnya bersikap terbuka. Kononnya moden.

Nauzubillah.

Mudah betul aku menjatuhkan hukum.

Aku sebenarnya risau. Macam mana lah Haris, Hanim dan Hanim nanti. Moga aku dan isteri diperkuatkan untuk mendidik anak-anak kami untuk menjadi yang soleh dan solehah.


Terkilan
Aku sebenarnya agak emo hari ni. Itu yang meleret-leret. Terkilan seorang abah, untuk bersama-sama dengan Haris pada hari pertama bersekolah. Hanya dapat bersama seketika, terpaksa bergegas ke pejabat atas urusan penting. Mesyuarat. Hati hiba terkenangkan tidak dapat melihat Haris bersama rakan-rakan baru. Macam mana lagak Haris nak menyesuaikan diri. Syah ada, tapi cerita daripada Syah tak akan sama dengan pengalaman sendiri.

Tambah hiba bila ke pejabat, mesyuarat terbatal. Argh! Geram!

Mujur seharian kerja menimbun. Walau rasa sedih masih terasa, tapi bebanan kerja sedikit banyak menghindar jauh rasa sedih.

Esok, Haris will be on his own. Both me and my wife wont be able to accompany him as what we did today. Hajat hati tu, nak juga menunggu sekejap, usha dari jauh. Tapi, boss pulak baru je SMS mintak hadir ke pejabat seawal jam 8.30 pagi! Huuuu..

Isnin depan, ada mesyuarat.

Selasa depan, akan ke Ipoh.

Rabu depan, mungkin ada kesempatan.

Rabu depan lah abah temankan Haris, ye? Err... ndak ke Haris aku temankan? Silap-silap disuruhnya aku pergi opis cepat-cepat. Gulp!





Reactions

Post a Comment

0 Comments