Sad news on his birthday!

Hari ni, birthday Haris. Langsung tak buat apa. Haris tak sihat. Sejak Khamis sudah, badan asyik sejuk panas. Khamis biasa2, Jumaat makin panas. Ubat demam memang ada dalam stok, so bagi je lah ubat demam. Masuk hari Sabtu, demam tak kebah. Bawa ke klinik. Sama je, ubat demam jugak yang dibagi. Tambah antibiotik.

Masuk hari Isnin, demam masih tak kebah. Siang ok, malam mula lah hati tak tenteram. Panas nya badan sampai aku naik takut. Kepala sentiasa di tuam. Takut yang bukan2.

Sudahnya, hari ni pakat ke klinik. Walaupun hati tak mau terima hakikat, tapi eloknya Haris diperiksa rapi. Mahu dibuat ujian darah. Satu saja yang terpikir, mungkin denggi! Ye lah, Gombak memang kawasan hitam untuk wabak merbahaya ni.

Ujian dibuat. Hati hiba tengok Haris menangis bila jarum disuntik ke lengan. Tusukan pertama gagal, katanya darah tak mau keluar. Kali kedua, Alhamdulillah berjaya. Mau je aku tangankan kakitangan yang membuat kerja. Langsung takde PR dengan pesakit. Tak dipujuk, apa lagi menegur. Kononnya banyak sangat lah kerja. Aku angin! Dengan budak2, cuba lah berbasa-basi sikit!

"Bacaan darah dia rendah, bla bla bla.. jadi suspek denggi lah ni".

Kata doktor lepas dapat laporan ujian darah Haris. Aku dengan Syah macam tak terkejut, walaupun kami harap doktor bagi keputusan yang lebih "baik". Aduh! Ujian besar ni! :(

Kata doktor, itu hanya lah suspek. Ujian susulan perlu dibuat lagi. Sampai bacaan darah tu, boleh diguna buat keputusan yang pasti.

Aduh! Haris kena cucuk jarum lagi. Hati aku mula menangis!





Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. tak semestinya 100 plus.. boleh cari mana-mana makanan/minuman yang contains vit c.. eg air ribena..

    anyway.. alhamdulillah haris dah sihat ;-))

    ReplyDelete