3rd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2011

sang belon di balik rimbunan pohon. eceh!

Dari kejauhan di lebuhraya MEX, sudah nampak belon-belon besar berterbangan sekitar langit Putrajaya. Bertambah lah excited, berbaur dengan rasa risau kemungkinan ruang parking yang terhad. Jam baru pukul 8 pagi, ingatkan kami lah yang terawal. Rupanya, jam 7 pagi lagi dah mula!

Itu lah. Tak baca tentatif program. Main redah.

Alhamdulillah. Dapat juga parking, walaupun bukan dalam "kotak". Anak-anak dan umminya sudah di"warning" awal-awal lagi. Pakai kasut. Pakai baju yang serap peluh. Memang sudah dijangka acara hari ini mesti banyak aktiviti berjalan kaki. Abahnya pun boleh berlagak dengan kasut sukan yang baru.

Ahahahaha!

Doraemon
Belon pertama yang menyambut, si Doraemon. Anak-anak teruja. Mahu bergambar pun agak sukar disebabkan sesak dengan orang ramai. Cuaca yang mendung bagai tidak jadi halangan untuk umat manusia berkumpul beramai-ramai untuk menonton belon yang bersaiz besar.

Cuba macam ini ramainya jemaah solat Subuh!

Wah! Ayat ustaz gitu. Sendiri pun masih kecundang.

:)

Dalam kereta lagi anak-anak sudah kecoh mahu "terbang" naik belon. Aku macam biasa, gayat. Memang takkan naik sama sekali. Dan sudah menjadi nasib, tiket "terbang" semua sudah habis. Kata abang kaunter, kalau rajin, ulang datang waktu petang. Huh! Itu agak mustahil. Anak-anak frust. Kesian. Apa boleh buat. Walaupun abah "suka", tetapi melihat anak-anak yang kecewa, abah juga tumpang sedih. Sudahnya, kami hanya berpusing-pusing sekitar tapak acara, membeli-belah apa yang patut. Untuk anak-anak, belon mainan jadi pengubat lara. Untuk abahnya, masa untuk bermain-main dengan kamera tersayang.



I am your father!

Colourful
In black and white
My precious
My love


Lagi gambar di https://picasaweb.google.com/sharul23/HotAirBalloonFiesta2011#





Reactions

Post a Comment

0 Comments