Cuti sakit itu, jika-dan-hanya-jika sakit saja, kawan!

Hari ni, dah masuk hari entah ke berapa hidung melelehkan bendalir pekat yang membantut selera orang kalau nampak terjejeh keluar. Jadi budak hingusan, diselang-seli dengan batuk dan ada masa-masa tertentu, kepala mula berdenyut-denyut terutamanya kalau kena panas matahari.

Aku dalam keadaan itu sekarang. Dan masih di opis.

Ke klinik hari Sabtu lepas, mendapatkan ubat yang patut. Doktor langsung tak bertanya mahukan MC atau tak. Ye, memang hari Sabtu. Tapi sebagai doktor yang ada wawasan, beliau tak boleh menganggap semua pesakitnya tak bekerja hari Sabtu. Sekurang-kurangnya, tanya lah. Buat cukup syarat, orang kata. Atau mungkin keadaan sakit aku biasa je, jesteru tak melayakkan aku dapat sekeping surat cuti?

Cis!

Tahukah kau doktor, kali terakhir aku bercuti sakit pada satu tahun nan lalu? Ku belek-belek sistem HR di opis, kali terakhir aku ambik cuti sakit pada 2 Dis 2010. Itu pun doktor, dari klinik kamu. Jangan kau sangka aku lupa, aku masih ingat kamu mengungkit-ungkit bila aku meminta cuti, "kalau ikutkan saya tak bagi ni". Wah! Kau kejam, doktor! Kalau aku larat, aku takkan mintak Bukan selalu aku sakit yang memerlukan cuti. Walhal, dalam rekod kamu juga, kali terakhir aku bercuti sakit sebelum itu hanyalah pada bulan April 2010. Dalam tempoh 2010 - 2011, hanya 2 hari aku bercuti sakit!

Aku memang jarang sakit. Alhamdulillah. Nikmat Allah yang tak terhingga. Tapi kalau sekali aku sakit, memang agak teruk. Dan kalau sakit yang sikit-sikit, selalunya cukup kalau aku telan panadol 2 bijik. Sudah biasa, selalunya dengan izin Allah, memang sembuh. Aku takut, kalau sakit yang sikit-sikit tu aku jadikan alasan untuk bercuti satu hari tak ke opis. Aku takut dosa. Takut tiada berkat.

Berkat ke duit gaji kalau macam itu? Sedangkan sehari suntuk di opis belum tentu tuntutan kerja kau penuhi. Lalai.

Lagi-lagi, bila umur dah makin hampir ke empat dekat, rasa bertanggungjawab tu perlu dilebihkan lagi. Bujang atau berkeluarga, patut ada rasa malu kalau masih nak carik kesenangan dengan cara mengelat. Kalau tak mahu anak sendiri jadi begitu, kita pun kena lah ubah diri sendiri, ye tak?

Semoga Allah menguatkankan semangat, menyihatkan tubuh badan. Biar lah aku tak ambik MC kali ni, kerana cuti sakit tanpa sakit itu sebenarnya mencari penyakit. Bagaimana mahu menjawab bila di "sana" nanti? Tapi kalau ada yang punya skema "jawapan", tolong share kan ye.. :)





Reactions

Post a Comment

0 Comments