Baju Raya

Kami sekeluarga sudah bersetuju. Sebenarnya persetujuan antara kami suami isteri. Anak-anak hanya akur.

Baju raya kami, hanya akan bertukar selepas 2 kali raya. Terutamanya untuk keluarga lelaki. Jarang benar baju raya digunakan untuk hari-hari biasa. Jadi menjelang raya tahun mendatang, baju masih elok berseri. Anak-anak, tengok juga. Baju kurung cepat juga jadi sempit. Jadi, terpaksa juga tukar.
Cuma yang merisaukan, jarak yang lama antara satu raya ke satu raya yang lain, doa-doanya tidak menukar saiz baju raya abahnya ke saiz body fit.

Awww! Gebu serta montok di Aidilfitri. Serem!







Reactions

Post a Comment

0 Comments