[Buku] 5 cm (Donny Dhirgantoro)

Sumber; http://5cm-legacy.com/


5 cm by Donny Dhirgantoro
My rating: 3 of 5 stars

Usai membaca perenggan terakhir karya Donny Dhirgantoro ini, satu perasaan yang pasti, aku mahu mendaki gunung!

Rindu sekali dengan suasana hutan. Lelah mendaki bersama rakan-rakan. Sama-sama berjaga malam untuk sentri. Sambil bergelak Aduh! 5cm menggamit kembali memori silam. Pemandangannya berbeza, tetapi pengalamannya banyak yang serupa. Kisah pendakian gunung tertinggi tanah Jawa, manakan sama dengan pengalaman mendaki Gunung Ledang.

Mahameru, indahnya tak tertahan. Sambil-sambil membaca, sempat juga membuat carian di internet. Aduh! Ranu Kumbolo yang menggoda. Indah tak terkata. Getar yang terjadi kerana gunung yang masih aktif, menambah rasa debar. Mendaki gunung berapi hidup, kawan!

Dan keindahan persahabatan yang terjalin, salin mendokong antara satu sama lain. Dan bahan bualan sesama sahabat ini bukan yang hanya melayan rintihan emosi, tetapi juga kerap mencabar pengetahuan. Berbincang teori E = mc2 di atas gunung? Gila! Tetapi banyak mengajar kita berfikir. Hebat.

Kisah cintanya tidak terlalu menonjol. Ada, tapi tak keterlaluan. Aku suka. Tetapi kisah cinta sesama sahabat, itu aku amat suka.

Tidak rugi membaca. 3 bintang, kerana 1 bintang aku tarik kembali kerana ada "adegan" yang tidak senonoh, walaupun seperenggan! 1 bintang lagi kerana terlalu banyak "lagu". Setiap situasi pasti ada lagu. Jadi, nampak seperti dibuat-buat ceritanya.

View all my reviews





Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. tau tak mana mau dapatkan bukunya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Kopi Susu. Buku ini sahabat saya yang tolong belikan ketika ke Jakarta atas urusan kerja.

      Antara buku dan filem, buku lebih bagus. Bagus banget! 😊

      Delete