[Buku] Aku Budak Lenggong (Hamizul Abdul Hamid)

Aku Budak Lenggong oleh Hamizul Abdul Hamid
Aku Budak Lenggong

Aku Budak Lenggong oleh Hamizul Abdul Hamid
Nilaian: 3/5 bintang

"Dua tahun" mengambil masa untuk mengkhatamkan buku ini. 360 mukasurat bukanlah alasan membaca lambat, tetapi motivasi untuk menyambung baca itu hampir sifar.

Tuan Hamizul bercerita tentang kisah masa silam. Yang sedikit sebanyak ada persamaannya dengan pengalaman peribadi. Cuma gayanya seperti bercerita satu hala. Tidak "hidup". Penulisannya terlalu "keakuan". Lebih menarik jika ada dialog-dialog yang lebih menghidupkan suasana. Watak dalam buku ini terlalu ramai, yang aku ingat hanya dua-tiga orang sahaja.

Aku memang seorang "pemuja" kisah-kisah kehidupan yang alami. Yang terhad, yang terbatas dengan kemodenan teknologi. Bersatu dan bermesra dengan alam. Aku Budak Lenggong ada yang aku suka itu. Tetapi itulah, tidak begitu meresap ke dalam hati.

Kisah yang agak (atau terlalu) panjang di dalam sesuatu bab, kemudian dalam cerita ada cerita pula, itu agak mengelirukan.

Mungkin kalau dipendekkan kepada hanya 4-5 mukasurat untuk setiap kisah, sudah memadai.

Dan, glosari sehingga 50 mukasurat (kurang lebih) itu, aku langkau begitu saja. Maaf, aku tidak nampak keperluannya (buat masa ini).

Keseluruhannya; memuaskan.







Reactions

Post a Comment

0 Comments