10 KM

Lion Parkson Run
I did it!
10 KM.

Kalau memandu, ianya jarak yang pendek.

Kalau mengayuh basikal, sekitar 20 minit mungkin selesai.

Kalau berlari?

Ya. Lari. Menggunakan dua kaki.


Lion Parkson Run

Ahad, 15 November 2015. Satu tarikh yang mencatat sejarah dalam lipatan kenangan peribadi. Entah dari mana datang kudratnya, saya berjaya menghabiskan larian sejauh 10 kilometer di Setia Alam bersempena acara larian Lion Parkson.

10 km.

10 km.

10 km!

Berulang kali saya melihat gambar-gambar yang saya rakamkan pada hari tersebut. Maafkan saya jika ini agak melebih-lebih. Tetapi percayalah, untuk seorang yang kurang mesra dengan sukan dan gaya hidup sihat, pencapaian terulung sebegini memang saya akan raikan secara berlebih-lebih.

Pencapaian peribadi di kala usia semakin menjejak angka 40.

Tidak pernah saya duga hari itu saya akan melakukan perkara yang saya sangka hanya orang lain yang boleh lakukan. Selama ini saya hanya meraikan keseronokan kawan-kawan, tetapi kali ini saya pula meraikannya.

Tidak.

Saya melakukannya bukan untuk "melawan" sesiapa. Hanya untuk pencapaian peribadi. Hanya untuk menanam keyakinan diri. Bahawa diri ini bukanlah selemah yang disangka. Saya juga mampu melakukan perkara yang disangka mustahil, sekiranya saya mahu bersungguh. Dan paling penting, saya mahu mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Malaysia kan, di tangga atas untuk bilangan rakyat yang obes.

Jadi, saya mahu memastikan diri TIDAK termasuk dalam angka statistik itu.

Jom!

Jom hidup sihat.




Muka stress
Muka stress
Bergambar dengan beruang.
Bergambar dengan beruang.
Lion Parkson Run 2015
Lion Parkson Run 2015

Sebelum memulakan larian
Sebelum memulakan larian
Bangga
Bangga
10km finisher
10km finisher

Kenapa kena gigit?
Kenapa kena gigit?

Meraikan kejayaan dengan selfie.
Meraikan kejayaan dengan selfie.

Kami berjaya melakukannya!
Kami berjaya melakukannya!

Analisa larian daripada Endomondo
Analisa larian daripada Endomondo

Masa untuk setiap kilometer
Masa untuk setiap kilometer


Akan ada larian lagi selepas ini? Atau sudah serik?

Tidak!

Ini baru permulaan!





Reactions

Post a Comment

0 Comments