Kisah Seekor Duha Dan Selonggok Tambi

Ini Duha.

Kucing peliharaan kakak saya. Masih muda, tapi pandai bersosial dengan Tambi. Walaupun Tambi ada juga menyembur Duha, mereka masih bermain bersama-sama dengan gembira.

Budak-budak, begitulah.

Cuma saya risau akan keselamatan Duha. Tempoh hari, dalam pergelutan manja-ganas kedua-dua mahkluk berbulu ini, berlaku sesuatu yang kejam dibuat Tambi.

Duha, mukanya dihempap perut Tambi yang besar gelebeh itu.

Duha terkapar-kapar kelemasan.

Saya tergamam, kemudian menjadi panik memikirkan saya tidak pandai memberikan bantuan CPR.

Mujur akhirnya Tambi bangkit dan membebaskan Duha.

Duha lari mencari nafas.

Tambi terkekeh-kekeh ketawa nakal.

Saya mengusap dada tanda lega, kemudian mengusap perut perlahan-lahan merasa sengsara.

Saya risau dengan tingkah laku Tambi ini. Semakin dewasa, beliau semakin memberontak.

Apa lagi Tambi mahu?



#tulistulissharul
#ceritatambi





0 comments:

Post a Comment

My Instagram