Riadah Bersama Hafiz Di UIA Gombak

Lama dah tak keluar mengeluarkan peluh dengan anak-anak. Jadi pagi hari Ahad yang sejuk, kami pun menetapkan misi mahu riadah bersama Hafiz di UIA Gombak, menumpang balapan stadium untuk berlari-lari anak.

Zussssss!

Berdesup dia lari satu pusingan.

Abah tercangak tengok dia lari seorang diri. Adui! Risau dia penat sampai memaksa badan, teruja punya pasal. Habis satu pusingan, abah pesan suruh tunggu.

Tak.

Nak ikut juga.

Berlarilah dia mengikut rentak abah. Muka memang teruja. Yang tak tahan tu, siap ajak berborak.

Abah dah tak larat.

Hip hap hip hap!

Habis satu pusingan, dia pun ke tepi berehat.

Haih!

Riadah Bersama Hafiz Di UIA Gombak Riadah Bersama Hafiz Di UIA Gombak Riadah Bersama Hafiz Di UIA Gombak - 1 2 3 lompat! Riadah Bersama Hafiz Di UIA Gombak - di padang Riadah Bersama Hafiz Di UIA Gombak - sejukkan badan





Reactions

Post a Comment

0 Comments