Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

 Sebenarnya semalam kami sekeluarga bercuti ke Grand Lexis, Port Dickson. Baucer ni beli sejak bulan Jun 2020, baru semalam dapat digunakan selepas segala mak nenek PKP.

Ok lah tu. Terus dapat percutian dua tahun. Kah kah kah!

Konon, lepas bermalam di sini nak terus ke Johor hantar awek JB balik sekolah. Sekali tarikh masuk sekolah ditunda, terbaru katanya PDPR saja sampai habis semester. Terus checkout sampai ke minit akhir.

Puas hati jugalah dapat ke sini. Pertama kali kami dapat menginap di Grand Lexis, selama ni tengok kawan-kawan saja. Yang jadi tarikan utama tentulah kolam renang dalam bilik. Siang malam kami anak beranak berendam. Sangat privasi dan selesa. 

Kalau nak cuba ke sana, boleh tanya dengan kawan saya (dalam komen). Saya dah pesan awal-awal lagi sebelum check out, kalau ada tawaran menarik lagi jangan dilupakan angkel yang bergigi pelesu ini. Heh!

Ini ada catatan kontot percutian kami semalam, di bawah langit mendung (sepanjang masa) Port Dickson.

Ikutkan, nama tempat tu Tanjung Gemok. Tapi entahlah, sakit pula hati nak tulis. Orang nak bercuti pun, suka nak lukakan perasaan kita. Mencik!

Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Insya-allah, berbaloi tunggu.







Reactions

Post a Comment

0 Comments