Hang Pi Mana?

Katanya, ada lagu bertajuk "Hang Pi Mana?".

Saya masih belum berkesempatan mendengarnya. Jarang sekali mendengar radio. Lagipun, saya bukan mengikuti siaran radio popular. Sama ada IKIM, Nasional Klasik atau kadang-kadang terbabas ke Kool FM.

Itupun, kalau "tuan besar" saya tidak memerintah mahu mendengar CD lagu-lagu Upin Ipinnya.

Saya hanya tahu, lagu ini wujud melalui Facebook.

Entah iya, entah tidak ianya tajuk lagu.

Atau tajuk filem?

Atau tajuk buku?

Entah. Saya tidak tahu.

Tapi tajuk ini, sesuai dengan situasi hubungan blog ini dengan saya. Yang sepi.

Hang Pi Mana, Encik Petai?

Huuuuu....





0 comments:

Post a Comment

My Instagram