Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia

Betul lah.

Hampir setiap hari, berita kematian ada saja di feed FB saya. Baik yang saya kenal, baik orang yang tidak saya kenal.

Kebanyakannya berpunca daripada Covid-19. 

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. 

Pagi tadi, berita Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia sedikit mengejutkan. Kesannya buat saya termenung sendiri. Kes Sarah (ibu mengandung dijangkiti Covid) bukan baru, malahan ramai yang menerima nasib sama. 

Tapi kenapa saya terkesan?

Saya tak mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini, tapi saya ada nampak sesekali perkongsian orang di media sosial. Telatah mereka anak-beranak.

Saya ingat, pertama kali saya berminat untuk tahu tentang mereka ketika menonton siaran Astro yang membuat penggambaran di sawah padi. Waktu itu saya lebih teruja dengan pemandangan lokasi, dalam masa yang sama dengar jugalah celoteh suami isteri ini. Mesra.

Kemudian di media sosial ada perkongsian tentang kehidupan harian mereka. Telatah keluarga. Saya tersenyum-senyum menonton, kerana itulah lumrah orang berkeluarga. Sakat menyakat, bergurau senda.

Kita secara tak langsung menjadi "sebahagian" hidup Shuib dan Sarah.

Jadi bila musibah melanda mereka sekeluarga, tentulah hati turut terasa. Apatah lagi, Sarah baru melahirkan anak dan belum sempat bertentang mata. Melibatkan anak kecil, saya tewas.

Sedih berganda-ganda.

Semoga Shuib dan anak-anak kuat menghadapi hari mendatang. Saya teringat kisah Tuan Khairul Abdullah yang tak jauh berbeza dengan situasi ini. Membaca buku Super Daddy pun saya merembes air mata, apa lagi kalau menghadapi sendiri situasi ini.

Kuatkanlah mereka, Ya Allah.

Dan sebentar tadi, ada satu lagi berita kematian sahabat FB saya yang tak saya kenali sepenuhnya. Beliau kerap memberi respon pada posting saya, tapi tak pernah bersuara.

Tahu-tahu, hari ini sudah pergi menghadap Ilahi.

Allahu.

Bukankah ini satu peringatan besar, Sharulnizam?


Lafaz Istirja'

Lafaz yang diungkapkan ketika ditimpa musibah. Boleh juga dilafazkan kepada orang kafir dan haiwan (berpandukan AL-KAFI #1493: HUKUM MENGUCAPKAN LAFAZ ISTIRJA’) .

Apa itu Lafaz Istirja'?

...setiap orang mu’min digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ ketikamana ditimpa musibah sama ada musibah tersebut kecil ataupun besar (misalnya kematian). Imam al-Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah S.A.W disuruh melafazkannya dan ayat al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijma’ muslimin...

Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia


Doa Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Selalunya selepas mendengar berita kematian kita akan dahulukan dengan lafaz Istirja'. Sebaiknya kita sambungkan dengan doa untuk mereka yang telah pergi meninggalkan dunia. 

Doa ini juga dibaca ketika menunaikan solat jenazah (takbir ketiga). Sewaktu menunaikan umrah dulu, setiap kali selepas solat fardhu di Mekah mahupun Madinah, akan ada solat jenazah. Jangan sia-siakan peluang itu, dan eloknya hafal lah bacaan ini.

Ada perbezaan untuk jenazah lelaki, perempuan mahupun jenazah yang lebih daripada satu.


Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia
Doa Untuk Jenazah Lelaki
Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia
Doa Untuk Jenazah Perempuan
Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia
Jenazah lebih daripada satu
Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia

Semoga bermanfaat.


_______

Sumber rujukan; https://yuksinau.co.id/







Reactions

Post a Comment

0 Comments