Doa Siapa Yang Dimakbulkan?

Rabu, 26 November 2025.

Jam 3.04 petang.

Jemputan itu pun tiba.

RM0 Tuan/Puan TERPILIH tunai haji musim haji 1447H/2026M. Sila layari laman web THiJARI untuk memuat turun surat tawaran haji.

Allah.

Saya kelu.

Tuan/Puan TERPILIH tunai haji musim haji 1447H/2026M

Di surau pejabat, air mata saya merambu-rambu bagai empangan air yang pecah. Teresak-esak ketika dahi menyentuh lantai melafazkan kesyukuran.

Terima kasih, Ya Rahman.

Terima kasih, Ya Rahim.

Entah doa siapa yang dimakbulkan Ilahi, terima kasih sebanyak-banyaknya.

Tuan/Puan TERPILIH tunai haji musim haji 1447H/2026M






Reactions

Post a Comment

0 Comments