Percutian 2H1M Ke Ipoh, Perak (Itinerari)

Terima kasih kepada Nyut Yam dan Nyut Sen yang menyambut seruan saya untuk bercuti ke Ipoh, Perak. Percutian ni, agak spontan. Idea dicadangkan lebih kurang seminggu sebelum tarikh pergi, hotel ditempah dua hari sebelum berangkat. Selamba. Kata traveller tegar, takkan tak lepas setakat nak pergi Ipoh? Heh!

Sebenarnya saya pun tak tahu mana yang boleh dituju kalau ke Ipoh, sebab bagi saya Ipoh adalah bandar yang tak jauh berbeza dengan bandar-bandar utama di Malaysia. Sudahnya saya cari saja di internet, dan menghasilkan itinerari percutian 2H1M ke Ipoh, Perak versi saya sendiri.

Saya kongsikan seperti di bawah.

Percutian 2H1M Ke Ipoh, Perak (Itinerari)



Hari Pertama (Sabtu, 27-Ogos-2022)

9.00 am
Bertolak dari Gombak Truly Asia. Penerbangan menggunakan MPV dengan kuasa kuda 2.0 CC. Pergi balik hanya satu tank minyak (RM100). Tol lebih kurang RM50.

10.30 am
Hentian pertama ke Nasi Bamboo Sg Klah untuk sarapan + makan tengah hari. Untuk 3 orang lebih kurang RM100.

12.30 pm
Sampai di Kellie's Castle dalam keadaan cuaca yang terik. Bayaran masuk RM5 per kepala, RM2 parking.

2.30 pm
Tiba di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village. Tiket dewasa RM12 seorang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum. Tutup jam 5 pm.

6.00 pm
Makan malam di Ipoh Night Market, berhampiran dengan AEON Kinta City. Ditaja olah sahabat. Konsep seperti food court dan ada bahagian jualan pakaian. Yong Tau Fu RM40++.

8.00 pm
Check in di Zamburger BL di Lahat. RM190.80 untuk bilik 3 orang (katil single). Tak ada breakfast.


Hari Kedua (Ahad, 28-Ogos-2022)

8.00 am
Pasar Karat Loken / Lokkin. Kami parking berhampiran Waller Court Flats, berhampiran OUM Ipoh. Sebelah tu ada kedai makan Warung Tempua, banyak pilihan untuk sarapan. RM35++.

10.30 am
Sampai di Ipoh Lama. Parking berhampiran Speedmart di Jalan Bijeh Timah. Jalan 200 meter, sudah sampai di Concubine Lane. Lorong yang sama di seberang jalan boleh ke BookXcess (Muzium Yasmin Ahmad), dataran makan Dato Sagor, Masjid Negeri dan menara Birch. Makan laksa, RM20++.

1.00 pm
Sampai Tasik Cermin, tak jauh pun dari Qing Xin Ling. Bayaran masuk RM3 per kepala. Parking percuma. Ada beberapa bahagian masih dalam penyelenggaraan, jadi dapat ke tasik pertama saja.

3.45 pm
Makan tengah hari + makan malam di Anuar Rusa Steak House nun di Felda Gedangsa, Behrang. Lebih kurang RM100.

6.40 pm
Singgah ke Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Sempat pesan lempeng kelapa dan solat. Jam 8.15 pm bergerak pulang ke tanah air. Belanja RM25.

9.30 pm
Singgah minum di Gombak sementara menunggu hujan reda. Ditaja. Terima kasih YB Gombak.

10.30 pm
Bersurai

Total perbelanjaan keseluruhan sekitar RM600. Ok lah tu, bahagi 3 baru seorang RM450. 

Eh!







Reactions

Post a Comment

0 Comments