Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!

"Malam tadi hujan lebat, perasan tak?"

Tanya Nyut Fauzi sewaktu kami masih lagi tergolek-golek menatal telefon di atas katil selesai Subuh. Terasa macam zaman remaja di Kuala Nerang dulu. Hujung minggu adalah waktu untuk memanjakan mata. Kalau kena musimnya, suasana pagi memang sejuk. Maklumlah keliling kolej kami hutan dan ladang getah. Tapi kalau sampai musim panas, bergelimpangan lah masing-masing tidur di lantai simen bertelanjang dada. Panas tak ada ampun. Panas lit lit!

Entah mana lah letaknya hotel ni, saya tempah tanpa banyak fikir. Ada bilik yang boleh memuatkan tiga orang sekaligus, saya ambil. Cari saja Zamburger BL Hotel di Lahat dalam aplikasi Booking.com. Harga untuk semalam boleh lah, RM190.80 termasuk cukai. Tidak ada sarapan.

Saya pun perasan ada bunyi hujan yang lebat malam sebelumnya. Oleh kerana bilik kami terletak di tengah bangunan dan tak bertingkap, tak dapatlah nak memastikan betul atau tidak. Sejuk dalam bilik pun, sejuk pendingin hawa.

"Pukul berapa nak gerak ni?"

"Pukul 8 lah, macam itinerari."

Dan jam 8 pagi pun kami bergerak menuju destinasi pertama untuk hari kedua (dan terakhir) di Ipoh. Saya buat carian di Google Map, Pasar Karat Ipoh. Tak lama pun memandu, lebih kurang 15 minit kami sudah melilau mencari tempat parkir. Entah di celah mana, kami dapat menyelit untuk parking percuma. 

Saya perasan di hadapan kami ialah kawasan perumahan flat. Agak unik rekabentuk flat ini, membuatkan saya teringat filem arahan Yasmin Ahmad. Filem arwah banyak menggunakan lokasi yang rare, yang nostalgia, dan Ipoh memang lubuk untuk kamera almarhum merakam cerita. Nama flat tu, Waller Court Flats. Lupa nak ambil gambar. Rugi.

Kami memulakan jadual dengan sarapan. Memang rezeki, kereta kami betul-betul di belakang Warung Tempua. Piilhan sarapan yang pelbagai, membikin perut bergendang riang meraikan kehadiran lemak, kalori dan kolestrol. Alhamdulillah, cukuplah buat bekal tenaga berjalan seharian.

 

Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit

Pasar Karat Ipoh atau dikenali juga sebagai Pasar Karat Loken terbahagi kepada dua bahagian. Satu, sama seperti pasar pagi di tempat lain. Ada jualan makanan, pakaian, mainanan kanak-kanak dan seumpama. Menjejak masuk ke gerbang Memory Lane (Jalan Horley), barulah nampak "karat"nya.

Melihat barang-barang yang terhampar di lantai jalan, atau disusun atas meja, saya cuba memahami konsep pasar karat ini. Apa sebenarnya mahu dijual? Kalau pemahaman literal saya, karat merujuk kepada besi. Adakah jualan barang yang berasaskan besi (atau seumpama) saja di pasar karat? 

Tentu sekali saya salah.

Karat berlaku apabila barang (besi) itu terbiar tanpa penjagaan yang baik. Jadi mengikut idea karat itu sendiri, yakni barang yang sudah tak lagi diguna walaupun masih berfungsi, sudah menepati syarat.

Barang terpakai, boleh juga.

Begitu saya menafsir.

Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!


Kiri kanan jalan dipenuhi peniaga. Hampir tidak ada ruang kosong. Entah berapa jauh jarak dari hujung ke hujung, mungkin lebih daripada 1 km. Belum dikira lagi ada yang terselit di lorong kiri dan kanan jalan utama. Meriah! Peniaga ada yang muda, ramai juga yang dah berusia. Bangsa pun pelbagai, lumrah Malaysia. Lebih ramai peniaga lelaki berbanding perempuan.

Saya memerhati. Abang-abang dan pakcik-pakcik memanggil ramah. Katanya barang lama tapi macam baru. Tengok saja pun tak apa. Dan waktu inilah saya terdengar kalimat nyaring daripada salah seorang saudagar barang karat ini.

"Asal barang jadi duit, asal barang jadi duit."

Memang tak disangka-sangka barang jualan yang ada. Saya seperti melihat stor rumah di Gombak yang penuh dengan barang-barang khazanah tersimpan bertahun-tahun. Mainan, pinggan mangkuk, alat tembaga, dan macam-macam lagi. 

"Barang macam ni pun boleh jual?"

Begitu saya kehairanan. Soalan selanjutnya, ada ke orang beli?

Saya terus memerhati.

Saya sebenarnya ada sasaran yang mahu dibeli. Pertamanya, buku. Heh! Memang boleh diagak. Kedua, mainan terpakai berupa figurine seperti watak Starwars dan Dragon Ball. Untuk apa? Tentulah untuk projek Toy Photography saya.

Buku, tak banyak pilihan. Yang ada, banyak saya tak berkenan. Cuma satu saja saya beli, buku English terpakai berharga RM15. Itupun geram juga, beberapa jam selepas tu saya jumpa buku yang sama di BookXcess Ipoh dengan harga RM20. Buku baru!

Mainan pula pada saya agak mahal. Untuk harga pasar karat, saya rasa agak mencekik. Untuk figurine R2D2 dan C3P0 (dari filem Starwars), harganya RM50. Katanya original, manalah saya tahu. Saya letak semula, dan saya yakin di Shopee saya boleh dapat dengan harga jauh lebih murah. 

Kah kah kah!

Jam 10.00 pagi, kami pun beredar untuk ke lokasi seterusnya. Tak banyak yang kami dapat di sini, kecuali mencuci mata.

Hanya satu yang saya sesalkan.

Ruginya tak buat street photography di sini!


Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!
Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!






Reactions

Post a Comment

0 Comments