Bukit Chabang Mari, Perlis

"Jalan mana dia bawak ni?"

Kami memandu di kawasan kampung yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta dalam satu-satu masa. Lorong pertama, jalan berlubang teruk. Lorong kedua, 'dihalau' oleh penduduk kampung, katanya jalan tu teruk.

Tak boleh pakai Google Map ni!

Kami pilih simpang terakhir dan akhirnya kami nampak signboard ke destinasi yang dituju;

Bukit Chabang Mari.

Macam mana saya 'jumpa' tempat ni? Sebelum ke Perlis, saya google kan 'attractions in Perlis'. Tu yang jumpa tu. Jadi, untuk content creator, perbanyakan lah perkongsian tempat-tempat menarik di dalam Malaysia ni. Maklumat sebegini sangat berguna untuk orang awam.

Bukit Chabang Mari, Perlis
Bukit Chabang Mari, Perlis
Bukit Chabang Mari, Perlis
Bukit Chabang Mari, Perlis
Kawasan sekitar Bukit Chabang Mari

 

Bukit Chabang Mari ini merupakan kawasan persendirian. Untuk masuk, RM2 per kepala. Bawah 3 tahun, percuma. Waktu kami sampai lebih kurang 5 keluarga (kereta) yang ada.

Tempat ni, memang cantik. Pemandangan alam semulajadi berlatarkan Bukit Chabang yang ohsem. Kemudian ada pula kawasan lapang yang hanya ditumbuhi rumput. Cantik amat! Terus terbayang adegan berlarian Sharul Khan dan Milah Mukherjee dengan diiringi 1000 penari latar mendendangkan lagu Mohabbatein. Kah!

Selain pemandangan menarik, ada juga beberapa reban dan kandang haiwan ternakan seperti itik, ayam denak, dan kambing. Hati-hati juga, sesetengah kawasan ditaburi 'baja segar'.

Menarik juga, bagi mereka yang nak mencari kelainan. Perlis bukan setakat ada Timah Tasoh dan Padang Besar saja. Banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Bukit Chabang Mari, Perlis
Bukit Chabang Mari, Perlis
Bukit Chabang Mari, Perlis
Bukit Chabang Mari, Perlis

 

Lokasi Bukit Chabang Mari

Untuk ke sini, boleh rujuk peta di google maps saja. Cuma hati-hati sebab jalan yang dicadangkan kadang-kadang berlubang teruk, sempit dan bukan jalan tar.

 

Video Bukit Chabang Mari

Ini adda video pendek kami ketika di sana.


 







Reactions

Post a Comment

0 Comments