Buah Gajus

Buah Gajus.

Atau jangguih di utara. Atau ketereh di Kelantan. Buah yang unik. Bentuknya sama saja seperti buah jambu air, cuma biji buah ini terletak di bahagian luar.

Baunya wangi, bagi saya. Rasanya manis dan sedikit kelat pada penghujung rasa. Itu memori yang saya simpan entah berapa puluh tahun yang lampau.

Saya bertemu semula buah ini, dan masih segar bergantungan di pokok. Teruja. Dan memori lama pun menerpa.

Dulu. Entah berapa puluh tahun dulu, saya dibawa abah ke sebuah pondok di tepi Jalan Gombak yang masih boleh dikira jumlah kereta yang melepasi. Abah berniaga durian. Tak pasti kenapa saya dibawa. Mungkin untuk meneman abah.

Saya bosan.

Lalu saya berjalan-jalan ke belakang pokok. Ada pokok gajus yang merimbun tinggj. Buahnya bergantungan di sana sini. Entah saya petik sendiri, atau abah yang mencapai.

Itulah ketika saya merasai buah gajus. Manis dan kelat. Selepas itu, tidak ada memori yang tersimpan.

Sehinggalah hari ini (30 April 2023).

Buah Gajus.

Yang saya ingat bukan hanya rasanya, tapi memori manis dan kelat bersama ayahanda turut terpapar jelas di mata.


Buah Gajus
Buah Gajus
Buah Gajus
Buah Gajus
Buah Gajus
Buah Gajus
Buah Gajus






Reactions

Post a Comment

0 Comments