19 Langkah Mudah Menyimpan Gambar Di Google Photos

 Saya selalu nampak posting begini;

"Letak gambar di FB untuk backup. Memori phone penuh."

Nak juga saya bertanya, memang tak backup ke segala gambar yang ada? Lagipun kalau letak di FB, kualiti gambar akan jatuh. Sudah bertahun-tahun guna telefon, pasti gambar pun sudah beribu-ribu. Semuanya masih dalam telefon?

Jangan, kawan. Saya pernah terkena. Lebih kurang.

Dulu saya simpan video Haris dan Hanim dalam hard disk. Kemudian entah macam mana, hilang belaka. Menangis tak berlagu. 

Kemudian Google perkenalkan Picasaweb, tempat menyimpan gambar. Terus saya buat backup di situ. Mula-mula dulu, hanya gambar terpilih. Tapi semenjak Picasaweb diganti dengan Google Photos, terus saya upload setiap keping gambar yang saya rakamkan. Di bawah saya ceritakan kenapa.

Pedulilah gambar senget benget atau blur.

Saya mula ada kamera digital sejak tahun 2003 (tahun kelahiran anak sulung). Dan hobi saya memang mengambil gambar. Segala macam gambar saya ambil. Gambar perut Tambi pun ada. Gambar perut sendiri saja belum lagi sanggup.

Saya ada kamera telefon, DSLR, kamera kompak dan terbaru mirrorless. Punya lah suka mengambil gambar. Tak lama lagi GoPro Hero 9. Eh!

Sudah hampir 18 tahun saya mengambil gambar dan semuanya saya muat naik di Google Photos. Bukan gambar saja ya, video pun!

Dan sampai hari ni, storage yang sudah saya gunakan (Photos, Email, Drive, etc) saiznya ialah 0.45 GB daripada 15 GB yang diberi.

19 Langkah Mudah Menyimpan Gambar Di Google Photos
Koleksi gambar saya di Google Photos

Oh! Untuk menyimpan di Google Photos, ada dua pilihan. Upload Original atau High Quality. Original, maksudnya gambar tetap seperti kualiti asal dan akan menggunakan peruntukan 15GB storage. 

High Quality, akan ada sedikit kompromi pada saiz dan kualiti gambar. Saya membuat pilihan High Quality kerana unlimited. Tak akan mengganggu peruntukan 15 GB untuk satu akaun yang diberi Google. Seperti namanya, High Quality memang high quality. Hampir tidak ada perbezaaan berbanding gambar asal.

Kita bukan jurugambar profesional. Cukuplah dengan High Quality. Ada gambar Photobook saya memang gunakan gambar dari Google Photos, bukan gambar asal. Masih elok.

Saya sarankan, backuplah gambar di tempat yang lebih baik. Tak semestinya di Google Photos saja. Mana-mana tempat pun boleh.

Backup saya?

1- Google Photos

2- Youtube (video)

3- Blog (gambar yang diedit)

4- External Hard disk

5- Laptop

6- Instagram


Baik.

Saya kongsikan cara untuk muat naik gambar ke Google Photos seperti vide di bawah. Harapnya bermanfaat dan membantu.








Reactions

Post a Comment

0 Comments