Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang. Pantai Yang Cantik, Bersih Dan Luas.

Dua minggu selepas berpuasa hari tu, kami ke Pekan, Pahang melawat abang Haris di sana. Kesian juga, pertama kali duduk berpisah dengan kami tahu-tahu terus berpuasa sendiri di tempat orang. Alang-alang dah ke sana, kami pun mencari homestay untuk bermalam. Cari punya cari, kami pun menginap di Homestay Ziyad di Tanjung Sepat, Kuantan.

Allahuakhbar.

Berhadapan dengan kawasan perumahan ini, ada pantai yang sangat indah. Saya tak pernah tahu Kuantan ada pantai yang luas, bersih dan cantik seperti Pantai Sepat. Yang terkenal hanya dua pantai saja kalau ke Pahang; Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Balok.

Sewaktu kami sampai, cuaca cerah dan terik. Kami tunggu selepas Asar untuk berjalan-jalan di gigi pantai. Oleh kerana Pahang di sebelah timur, jadi tak ada lah pemandangan matahari terbenam di laut. Kami berpakat, pagi esoknya selepas Subuh kami akan ke pantai lagi untuk melihat matahari terbit.

Berbaloi, kawan.

Pemandangan matahari terbit mahupun terbenam, tak pernah mengecewakan. Sentiasa menggamit perasaan menjadi khayal dan syahdu. Apa lagi saat itu bersama dengan yang tersayang.

Romantis sekali.

Insya-Allah, ada rezeki kami ke sana lagi.


Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang


Video Pantai Sepat Dan Homestay







Reactions

Post a Comment

0 Comments