Mahu di pasang jaring tingkap, kosnya agak tinggi. Tetapi tetap juga mahu dipasang, kerana boleh mengatasi dua masalah utama; nyamuk dan panas.
Sudahnya dengan kreativiti ala-ala pria bijaksana, MacGyver, penyelesaian kos murah ditemui.
Modal
Pertamanya, pergilah ke kedai perkakasan yang berhampiran. Carilah jaring yang halus lubangnya. Dua meter sudah cukup untuk tingkap 3 panel. Jangan lupa kabel pengikat.Kos; Jaring halus RM7 semeter. Kabel pengikat / Cable Ties, RM 5.90 untuk 100 keping. Ini harga tahun 2014, ya.
Itu sahaja modalnya.Cara Memasang
Kemudian, pasangkan ke tingkap mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri. Pastikan jaring yang dipasang tidak menghalang untuk membuka-tutup cermin tingkap. Jika tidak, kelak kau kan diketawakan sang kelembai, dik.
Agak mudah bagi aku sebab ada pagar tingkap untuk mengikat kabel. Yang tak ada tu, kenalah kreatif sikit.
Nyamuk tiada. Panas tiada. Kepam tiada.
Jerebu?
Ah! Tetap saja bermaharajalela!
Sekarang, lakukanlah perkara yang sudah menjadi tradisi turun temurun. Gantungkanlah langsir yang berwarna-warni lagi beropol-ropol.
Siap.Nyamuk tiada. Panas tiada. Kepam tiada.
Jerebu?
Ah! Tetap saja bermaharajalela!
0 Comments