Rayuan Haji

Isnin, 3 November 2025

Pagi itu, langit Gombak masih gelap, tapi sudah ada suasana kalut berkelintar di dalam sebuah rumah yang beratapkan genting merah. Bukannya datang daripada hiruk-pikuk rutin harian periuk belanga berlaga di dapur atau curahan air mandi di bilik air, namun bunyi hingar itu datang dari degupan jantung yang bergegar bak gong dipalu. 

Teruja.

Saya lah pemeran utama yang membikin kecoh itu. Telefon pintar tak terlepas daripada genggaman, sudah siap siaga membuka aplikasi THiJARI milik Tabung Haji (TH). Hari ini, rayuan untuk menunaikan haji bagi tahun 1447H (2026) dibuka. Semenjak TH mengumumkan tawaran haji bermula 24 Oktober 2025 yang lepas, saya sudah menjadi resah dan gelisah.

Saya tahu, tahun 2026 bukan giliran saya.

Saya hafal benar, peruntukan giliran haji saya ditetapkan pada tahun 2031.

Dan saya arif benar, ruang untuk rayuan bagi mempercepatkan giliran dibuka setiap tahun.

Jadi, pagi itu seperti tahun-tahun sebelumnya, saya menanti dengan setia butang rayuan diaktifkan.

Rayuan Haji 1447H
Rayuan Haji 1447H


Alhamdulillah.

Sudah berjaya menghantar rayuan. Seperti tahun rayuan haji tahun 2025, seperti rayuan haji tahun 2024. Moga ada sinarnya kali ini.

Berdoalah.







Reactions

Post a Comment

0 Comments