[Ulasan Buku] Diari Super Daddy Oleh Khairul Abdullah

1.
Saya sudah menjangka dari awal, akan ada adegan tersedu-sedan membaca cerita Diari Superdaddy ini. Sedihnya lah.

2.
Saya tahu "kewujudan" Khairul Abdullah di FB, tetapi saya tidak menjadi "follower" beliau. Jadi, polisi saya "takkan membeli buku koleksi status FB" yang ditetapkan, tak terguna pakai untuk buku ini. Hehehe! (Kemaskini; Sekarang dah kawan dah di FB, buku ni dibaca tahun 2019)

3.
Kisah pemergian sang isteri itu, memanglah menyedihkan. Tanpa disangka-sangka dan berlaku pula sepantas tiga hari, memang satu kehilangan yang mengejutkan.

4.
Saya masih bertahan dengan catatan penulis apabila isterinya meninggal dunia, tetapi apabila beliau mula bercerita ragam dan tingkah laku anaknya (terutama yang sulung) saya gagal mengawal emosi.

5.
Tentulah, kerana anaknya yang kecil itu hampir sebaya dengan sibongsu saya. Tidak dapat tidak, saya terbayangkan anak saya yang "kehilangan" saya atau umminya.

6.
Tuan Khairul sememangnya menjadi contoh sebagai seorang suami dan bapa yang berusaha bangkit daripada terus bermelankoli. Anak menjadi penguat semangat, dan hidup mesti terus.

7.
Ya, adalah normal sebagai manusia yang punya perasaan untuk terkenang-kenang saat yang menyenangkan. Itu adalah satu hak yang tak boleh dirampas sesiapa pun. Menangis, bunyinya seperti "lembik" dan "lemah" bagi orang yang tidak berada di dalam kasut yang sama.

8.
Tuan Khairul mengingatkan peranan suami dan bapa yang dipandang ringan dalam mempersiapkan keharmonian rumah tangga. Ya, ini masalah dari zaman datuk nenek yang menganggap lelaki adalah "raja" di rumah. Saya fikir, fahaman seperti itu sudah beransur berkurangan zaman ini. Hakikatnya masih ada, tetapi bilangan suami dan bapa yang bertanggungjawab juga sudah meningkat.

9.
Buku ini juga refleksi diri, agar saya lebih berusaha untuk memperbaiki peranan saya sebagai seorang suami dan bapa. Insya-allah.

10.
Berbaloi untuk dibaca untuk mereka yang berkeluarga. Dan pastikan terlindung daripada orang ramai, kerana kau tak akan mahu dilihat sememeh dengan air mata dan hingus yang berjuraian. Kah kah kah!

#sharulmembaca
#malaysiamembaca
#CabaranBukuDWB
#BookChallenge
#StayAtHome


Diari Super Daddy Oleh Khairul Abdullah





Reactions

Post a comment

0 Comments