Ada Apa Dengan Kaya?

Kaya? Ada apa dengan kaya? Sudah menjadi impian setiap manusia, mahu menjadi kaya. Kaya harta, kaya ilmu, kaya segala-galanya.  Namun untuk menjadi kaya, tidaklah begitu mudah. Perlu ada usaha, perlu berani menantang segala rintangan yang ada.

Untuk saya, kejarlah kekayaan ilmu sebelum mengejar kekayaan yang lain.

Saya dan isteri, masing-masing berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana. Baik dari segi harta mahupun ilmu. Mujur, kami berdua dianugerahkan sedikit kelebihan dalam pelajaran dan Alhamdulillah, kami berjaya melangkah ke menara gading demi menuntut ilmu. Anugerah ini, membuka mata bahawa ilmu yang ada di dada, sekelumit cuma.

Majlis Konvokesyen UUM tahun 2000

Semakin hari, semakin banyak maklumat baru diterima. Dunia berkembang semakin pantas, jika kita gagal berlari seiringan.

Kejar dunia sampai lupa akhirat?

Itulah silapnya jika tidak ada ilmu. Tidak tahu membataskan yang had. Apa saja yang dituai di dunia ini, ada sahamnya untuk akhirat. Tinggal memilih saja mengikut akal, atau akur dengan tuntutan nafsu.

Maka, jadilah orang yang kaya ilmu. Fahami apa yang diperintahkan Allah. Amalkan dengan penuh keimanan dan takwa.

Sesudah kaya ilmu, jika mahu dan berusaha, harta pun boleh datang bergolek. Silap-silap, lebih kaya daripada harta dalam dan luar negara kepunyaan Tuan Ismet Ulam Raja.

Heh!



Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Julai yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#julyblogposts #july2019entries

Topik hari #25 : KAYA






Reactions

Post a Comment

0 Comments