9 Langkah Mudah Membuat Simple Photobook Menggunakan Telefon

Saya teringat dahulu setiap kali melihat album perkahwinan kawan-kawan dalam bentuk photobook saya menjadi terkulat-kulat membayangkan harganya. Mesti mahal. Tahun demi tahun, kemudian saya diperkenalkan oleh sahabat dengan Photobook Malaysia.

Akhirnya, saya boleh membuat buku album bergambar sendiri!

Harganya?

Murah belaka. Sedar-sedar, dari tahun 2009 sehingga 2018 saya sudah ada 20 buah photobook. Tahun 2020, saya kembali mahu menghasilkan album gambar memandangkan kepingan gambar dari kamera saya sudah mencecah ratusan ribu.

Kenapa perlu photobook?

  1. PB membolehkan kita menyusun gambar dengan lebih teratur, mengikut acara atau tema tertentu. Kita boleh khaskan satu album hanya untuk gambar raya, travel, majlis perkahwinan dan macam-macam lagi.
  2. Hampir semua orang boleh membuatnya, asalkan ada kemahuan. Tak susah pun. Ada saya kongsikan dalam Youtube di bawah.
  3. Murah. Dulu saya tak buat sebab menganggap photobook ini mahal. Hari ini, dengan modal RM8.50 saya boleh dapat satu photobook yang cantik. Percayalah!

Photobook Malaysia Personalised Hardcover Simplebook (6" x 6" x 20 Pages)

  1. Semenjak dari awal lagi, saya hanya memilih Photobook Malaysia untuk mencetak gambar-gambar saya. Ada juga syarikat lain menawarkan perkhidmatan yang serupa, cuma PBM muncul lebih awal dan prosesnya mudah.
  2. Hari ini, ada dua cara untuk membuat PB iaitu melalui aplikasi laman web (buka browser di laptop/pc) atau melalui aplikasi telefon mudah alih saja. Untuk di blog ini, saya kongsikan cara di telefon.
  3. Ciri-ciri Simplebook; Kulit cover keras (depan belakang), mempunyai 20 muka surat dan berukuran 6 X 6 inci (segi empat sama sisi)
9 Langkah Mudah Membuat Simple Photobook Menggunakan Telefon

Kos

  1. Harga asal selalunya agak mahal, tetapi banyak voucher yang ditawarkan untuk mendapat harga PB yang murah.
  2. Voucher boleh dibeli dari laman web e-dagang seperti Lazada, Shopee ataupun laman web Photobook Malaysia sendiri.
  3. Untuk Simplebook, harganya boleh menjadi 50 sen sahaja! Lumayan murah! Ini bergantung kepada promosi. Saya perasan, harga yang ditawarkan di Shopee berbeza antara Shopee di telefon dengan laman web Shopee di laptop/pc.
  4. Harga pos pula bergantung kepada berat dan lokasi (lingkungan RM8 - RM12)

9 Langkah Mudah Membuat Simple Photobook Menggunakan Telefon

Tutorial ini berasaskan telefon Huawei P20 Pro, OS Android.
  1. Muat turun aplikasi Photobook Malaysia dari Google Store
  2. Buka aplikasi dan daftarkan akaun 
    1.  Ada pilihan untuk sync dengan akaun Google atau Facebook
    2. Akaun yang didaftar boleh digunakan untuk website juga
  3. Pergi ke bahagian Home, pilih "Simple Books"
  4. Pilih Simple Books 6 x 6
  5. Pilih minimum 21 keping gambar (1 untuk cover, 20 untuk isi dalam)
    1. Boleh tambah muka surat/gambar, tapi akan dikenakan bayaran tambahan
    2. Gambar boleh diambil dari IG, FB atau Google Photos (tetapi saya tidak sarankan sebab kualiti gambar jatuh)
  6.  Susun semula gambar mengikut turutan yang dikehendaki. Ada 3 jenis resolusi gambar yang boleh dipilih;
    1. as is (ikut ukuran asal gambar sama ada landscape, portrait ataupun square)
    2. square + border
    3. whole page (square)
  7. Jika mahu ganti gambar yang baru, add dulu (sebab PB memerlukan minimum 20 keping gambar) kemudian baru boleh delete
  8. Setiap kemaskini secara otomatik akan disimpan. Jadi boleh ulang edit pada bila-bila masa. Sekiranya sudah selesai dan berpuas hati, bolehlah submit. Berikan nama projek terlebih dahulu.
    1. Sekiranya mahu tukar jenis kertas cetakan, boleh tukar berdasarkan preference. Harga tambahan seperti yang tertera.
    2. Tekan butang cart di bahagian sudut atas-kanan skrin.
    3. Harga yang dipaparkan belum masuk harga pos.
    4. Untuk "apply voucher code", gunakan voucher yang dibeli daripada Shopee atau Lazada tadi (atau mana-mana)
    5. Harga akan direset menjadi kosong (RM0.00) jika kod diberi masih sah. Sekiranya masih lebih daripada 0, keberangkalian ada muka surat terlebih.
  9. Tekan butang "Checkout"
    1.   Masukkan butiran alamat untuk pos dan bil
    2.   Pilih cara bayaran wang pos
    3. Akhir sekali butang "Order Now"
Sila tonton video yang saya kongsikan di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.



Tips

  1. Asingkan gambar yang mahu dibuat PB terlebih dahulu untuk memudahkan kerja edit kalau perlu (ie; buat collage)
  2. Hati-hati membeli baucar, seeloknya beli daripada Photobook Malaysia sahaja. Ada orang ambil kesempatan menjual voucher murah dengan harga yang berlipat kali ganda.


Selamat berphotobook!





Reactions

Post a Comment

0 Comments