Asalnya pagi tu kami mahu ke Taman Tugu, tapi minit akhir kami tukar rancangan, terus menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Jam masih belum masuk 7 pagi, dan ruang parkir masih banyak yang kosong.
Yeay! Alhamdulillah.
Pagi tu (Ahad, 31 Oktober 2021) hanya kami berdua yang gigih mahu mengeluarkan peluh di taman. Anak-anak tinggal di rumah melayan mata selepas Subuh.
Kami sebenarnya agak blur, Titiwangsa ni boleh ke tidak dikunjungi orang awam? Semenjak dibuka semula selepas sekian lama ditutup untuk baik pulih, ini pertama kali kami ke sini.
Pintu masuk Tasik Titiwangsa tak dibuka semua macam dulu. Hampir keseluruhan kawasan dipagar, dan di bahagian tertentu ada pengawal yang menjaga kemasukan orang ramai. Seperti biasa, perlu check in dengan MySejahtera dan pemakaian pelitup muka digalakkan. Ye lah, kalau mahu beriadah memang diberi kelonggaran tak pakai pelitup muka.
Laluan Sikal dan Laluan Pejalan Kaki
Pembaharuan pertama yang kami nampak (selain landscape) ialah laluan pejalan kaki dan laluan basikal yang lebih jelas. Yang kelabu, untuk orang yang mahu berjogging atau pun berlenggang macam kami. Yang merah, untuk basikal. Saya tak pasti sama ada jalan ini hanya satu arah, tapi pada lantai laluan ada dicatkan hala laluan, melawan arah jam.
Kami melalui setiap sudut yang pernah kami jejaki sebelum ini.
"Haaa... kat sini lah kita ambil gambar Haris balik pokok tu."
"Kat jalan ni, ada gambar umi tengah sarat mengandungkan Hanis. Pakai baju pink."
"Padang ni kita lepak 6 beranak, puas budak-budak ni berlari keliling. Hafiz pun sama."
"Ada gambar kakak Hanim mulut muncung merajuk kat sini!"
Aduh!
Memang mengimbau. Tapi pagi tu semuanya tengah sedap tidur di rumah.
![Taman Tasik Titiwangsa Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcoTSuZODrbQDxZPxyzBLUUy254Ccf32QMcb4VeqEbX4kHZxIvL4DIAdfRoDo0uXE1fw4QOuMC347F1kP9w3o5_BbEK_M5EGWmjsuF1FDjWpVi6n4myuxsrfn8GRorKtH51QCChw/s0/taman-tasik-titiwangsa-01.jpg)
![Di bawah pokok kelapa Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgv2bE4fnLD6PwH32rPfbAVScEFX7yipgPWDsqcH17XZSuT5OdtVQSJpM0phlK8vVvBEmf2bp5HeNoUqbVLLGr9qqbE-g_S7ElbBh2gMlZ6mq2Eb8wEb5N3k3fohR6HOk0QYY_Zw/s0/taman-tasik-titiwangsa-02.jpg)
![Laluan kaki dan sikal Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQNUT13cNBG8xrf9A8P6AyIvqCaF-O4DcbzrEjGSxkNrIGgLcK7pnXKqLKMMlfj5_3VVEsfz_9dJwRz_FQGcAUcwh783icVsE8ud5Fohy29e5p1rQ5uc2RL2lbJ_EhTgJarb2Uxw/s0/taman-tasik-titiwangsa-03.jpg)
![Landscape yang menarik Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDoJEoNn2-cmTA3-DtWW2Ag1LBQVHQ4gt6uom9-7m_emvFabvdQGaIebkJ-5rxp5fzF8wv5oyp5r1cMfQKfiWqGenC99YJli9KQIZ2dgecUY3KBpmAzmoZoJwpR4zNcHwSm63PmA/s0/taman-tasik-titiwangsa-04.jpg)
![Poyo Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipR3mNeKArxdIrCnswudOBLvpeM5IfmmMFyNiIbGobbL92R0SunuimCh0E7XN8i7hr-SJtfz1R2Tc1QuXcXGkGB6neFMZ6w05C0T-OEKyxzXm13m0uVna7FNgcMhm9gN5bqU2LQQ/s0/taman-tasik-titiwangsa-05.jpg)
![Cantik Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAChc0iFvF32gmcb8beAqtJBaRxUfJF9pIN1htFCboCTdB3W258SG0PLrJ17rdDhaVU4ogNn6U1bE_Eosv6-QUbyIaj2fJk1lQhQnRAfH7fgLqSqAlk85khVNpoq4CF6XfswGeMA/s0/taman-tasik-titiwangsa-06.jpg)
![Sarangheyo Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2JMtNJez7TOJHz69d-nycTDRQu16aoSrjqapOpatQgKpxBiDqPJB7SIQXHUAr8KaaIHW8MpQN0Xwc0apdsU1jpS70bPs1aZuQHEUrRAY3son_MkjByyy4PuyYmUn9zO3-4p1Prg/s0/taman-tasik-titiwangsa-07.jpg)
![Taman Kerawang Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGxb41prQQjirjjS6IFaTuy61cZDFUVPE_PurRF9pDUaf_4Tnswf_0Nmv5svDEzDlvQ52Pv3iuXhDRnAVuS7xk5cyMz8DDxbO3hin3fiYOgcAkzl-MOnqJS_QZA-3KE0kGX__riQ/s0/taman-tasik-titiwangsa-08.jpg)
Laluan Banjaran
Banyak tarikan baru yang disediakan. Ada "taman kerawang" yakni "jalan sesat", ada "Laluan Banjaran" yang kreatif dan banyak lagi. Saya ada melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan di internet, gambar Laluan Banjaran ni. Ada jambatan yang dikelilingi pokok-pokok rimbun dan kemudian ada air sungai (buatan) mengalir di bawah. Kalau datang waktu matahari baru naik, pemandangannya memang menarik. Lama juga kami laki bini tersangkut di sini untuk bergambar.
![Laluan Banjaran Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAo1qr2x0H07xT7vrMu_oIGZcu6L6zL_aeaN58uXzehvGc7S4KvwW5nvqG-BLA53jU9sGTNfCFG0oCBnkln0ordpdYI7FtMBKRc6tXwSn2ffFNVVtTj7E9EEAcy4a_Sk2FZNfr3g/s0/taman-tasik-titiwangsa-09.jpg)
![Awek cun Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXuJfqDYNk2onedz5gTVd9SJas9o4i_azU-awHB8Q6E3qRFn4dLaFnGMJDn57lMR634-sXVa2rkNaxnx6QZMVl2sg4ftErk4gTH6VjhuvWsZ1Pg9Z0wi_LfLNyZT4HJl4KiNvDpg/s0/taman-tasik-titiwangsa-10.jpg)
![Model nyut Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsc-IdikZHh_nu-ujHJJNRAK-GuUFIKuR3foAJzts8Eu-WNUSQFkOzRqz_bIl2wSRUI1l_DmsLonicJizda5hINwdB5i4nbXarIgh-XI7tdUqT5Mfu5vbtJd5V7yrkMm-ddBEWuw/s0/taman-tasik-titiwangsa-11.jpg)
![Model Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8U-6Kj4DlETUfsic1TbxbPvkACZ-4R_FZZMctL4ojPVamrzD54D_8N-V7IdrtFsr35DomT0eiUjDCAvxhgSk_MHXd22_XIu2JlXi7MHdiZZ30ZBKctnpN5Obq7TWofsvWWpUtxw/s0/taman-tasik-titiwangsa-12.jpg)
![Sungai buatan Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh95_oOtvSxohJ5GZhAuaoQc2jil540ACbbaj6ZPmWR4QCOWnMEGt6q_P7ZFJ-Nm3GaiPgJ7QfqIUPRAJnwyWnnkpxhWR57mNAwMQDmL2e7QGCqBH6xBqAPVqTWQzkR463Q33JB0w/s0/taman-tasik-titiwangsa-13.jpg)
3 Kilometer
Secara keseluruhan, kami dapat berjogging dan dating (joggingting) pagi itu sejauh 3 km. Kalau tak silap, satu pusingan lengkap Taman Tasik Titiwangsa ni jaraknya 2.5 km. Tapi kami hanya berjalan-jalan di kawasan dalam taman dan banyak berjalan ulang-alik dari satu tempat ke tempat yang lain untuk bergambar. Hehehee! Memang puas hati kalau datang awal pagi. Orang tak ramai sangat, tapi menjelang jam 8 hampir setiap sudut ada pengunjung.
Oh, kalau mahu kayuh basikal boleh juga menyewa di sini. Sama seperti di Taman Seri Empangan, Putrajaya, harga sewaan basikal single (baik dewasa atau kanak-kanak) ialah RM10 sejam.
![Tenang Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxDnws7FFlc7XgL1oAkRfnk9NKN5pIpR7WEJfU7YzEsS8LNW4Iwfm5jTC5AYLRERbIhpzp57zDnfGCL_2G7oKVvufkUpUfxyAZuO9z7PDZfTiTQAif-Wztm3L0tFXjDUlX_MiXkw/s0/taman-tasik-titiwangsa-14.jpg)
![Pondok moden Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0I3qgsRMwMbI1ieWOCjb0_BNaLgSVh8tLyxTc0UmeA2dwKYZzBXktuHsGxYieFuVaTyTTcNfaR6Z53Qnz926aygyAXDjkJzXglfW8UhUo98TxqTUVOyPEtSbBDAewtQv1f5CQZQ/s0/taman-tasik-titiwangsa-15.jpg)
![Taman Tasik Titiwangsa Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYcMp210rXaotceHjJyUrx_C_92qwm12lqyIjoukMC8aOYfgMkLwBtVWF1IpiEuxKfHt7fXWkVhEie8T6dMo42sdWS8z2sEAnFRS9j_G5xmzU-0Kwh02WQFurWXoDOs1CFbs9SlA/s0/taman-tasik-titiwangsa-16.jpg)
Haris, Hanim, Hanis dan Hafiz
Cuti Deepavali (4 November) sekali lagi kami ke taman ini bersama anak-anak. Kali ini lengkap dengan bekalan nasi lemak untuk sarapan. Sebelum bersila di bawah pokok, kami pusing keliling taman sekali lagi.
Yang pasti, bergambar jangan lupa!
![Pagi Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiaQwYd-P7hgiqWv2NoNMo3J7ExHpo-FAAMTE1DmApImvYe84IszCuSUpqtMyYYfQDtaT4k-31JPDVQ3oLc7oC1sMTEn04KBQKpFj79GB1vA0RuU2HS4ieJCE2R1SU2QBLcnnQbg/s0/taman-tasik-titiwangsa-17.jpg)
![Umi dan Hafiz Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0yULeVWqPxwWxJn7RIMOQ1vKTNzo2LZLMHCH5zVrpWJKgnWnWT83q633bYKuhGo8CR3YlFr46TXy6-ouF2nkdhosBni7-voRAkvL_DUJrR4VgqUU7ezgsEYlbsh41orSt2ulhYw/s0/taman-tasik-titiwangsa-18.jpg)
![Haris Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZoLGM3xE4jYAMFBmd6DigLvU1QUzBFomA7y8YckHJxltqKEPP37he3fZry2ncWV-D1_emPApNJXu8tc50G7ZidMq0ZVrWD4iMv8gS8Mcp5RVr98gRcyUHMk63Q47fwOqltDUydA/s0/taman-tasik-titiwangsa-19.jpg)
![Hanim Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmHc2yzJsy_FODDTB076BUpEQrsoIQ_684uZESK2ZtSa68l1ZL_XYsO00hmV4hvku4YRtF6ktZ0LHU-Im2tBWsjpASfSu941lrD7U9ETu_YJC9OCppyismb1Q_rTh14v0ELhVJtg/s0/taman-tasik-titiwangsa-20.jpg)
![Hanis Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUQs7ZBaDGOpY5he7Ut-Jchpv-5SB3Yv3v1jJfi9cUTJ2I2qlqYMlybT8tvggPVlYUyu715ADJEdJ63xNkv0iNNVlQ9CeeQthdlkRcaWwQ1p1KmNVhaJyyZ56E4qIk4HkU_LGClQ/s0/taman-tasik-titiwangsa-21.jpg)
![Hafiz Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEaBhxGYFH5Dv-k-bekfb8jBJTm00o2Xq225JaO6vl8pA35Tzbg4fT5qUQ5aOasycY_GeAyzXfbrxiIHhafB48ZIZ-0JPmYCtQePwd-s69z6GyrRfWMR_stlHtIQBnsoQI91MhQQ/s0/taman-tasik-titiwangsa-22.jpg)
![Abah & Umi Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyEclqLbnwfdYQxI4ZlKPjrsAfldsd0Gr-1-mkm41J0BQ8QSWnrE8f5CIRLGhu6EwgZSGMSu738R7fOBSLmqYRhgs7ZdL6m_megGqb1vMURSNKzQAbGJrPVu-S_f8OAUuM9emkKg/s0/taman-tasik-titiwangsa-23.jpg)
0 Comments