Sharulnizam Mencuba Vlog

Adoi!

Tugasan kali ini ialah video log (vlog). Saya adalah manusia yang sangat segan melihat muka sendiri di dalam video, tapi sebaliknya sangat suka memvideokan orang-orang di sekeliling saya terutama ahli keluarga.

Jadi, saya teruskan saja sebegitu.

Saya buat video rutin harian saya (yang hampir sama setiap hari) di waktu hari bekerja. Ada lah sikit-sikit muka saya di dalam video ini.

Saksikanlah.



Amboi!

Bukan main lagi "thumbnail" video pun. Narsis betul.

Kalau ikutkan, vlog ini satu idea yang menarik. Lebih "real" dan mudah difahami. Mungkin, satu hari nanti bila saya sudah yakin diri, kandungan blog saya lebih kepada vlog. Wallahualam.

Kalau mahu menonton video-video saya (terutamanya berkait travel dan aktiviti hiking), silalah kunjungi channel saya di Youtube.

https://www.youtube.com/user/snizammy

Terima kasih.


#julyblogposts #july2019entries

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Julai yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.








Reactions

Post a Comment

1 Comments