Khabar gembira dari Langkawi

"mek tok discharge dah rini. lega. Alhamdulillah"

Itu mesej yang aku terima dari Syah. Syah sekarang di Langkawi, menemankan mak yang masuk wad akibat jangkitan paru-paru.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kesihatan mak memang tak memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ni. Syah, yang jauh di Kuala Lumpur, memang risaukan keadaan mak. Adik-beradik Syah semuanya di luar Langkawi, kecuali anak yang sulung. Bila mak di hospital, kakak Syah sorang je lah yang boleh meneman. Wad perempuan, perempuan je lah boleh masuk.

Itu yang Syah balik jugak-jugak hari Isnin lepas. Nak temankan mak. Nak jaga mak. Aku lah pulak yang tak sedap hati Syah sorang-sorang naik bas.Tengah malam pulak tu. Aku macam "trauma" sikit kalau naik bas waktu malam nih. Faham-faham je lah.  Tiket kapal terbang bila waktu kecederaan macam ni, memang boleh cedera parah poket dibuatnya. Nak nak pulak time gaji tak masuk lagi.

Tapi Alhamdulillah. Keadaan dah bertambah baik sekarang.

Harapnya, mak bertambah baik, dan Syah boleh balik.

Rindu.





Reactions

Post a Comment

0 Comments