Roadblock

Sudah jam 4.39 pagi. Mata susah mahu dilelapkan. Perut berkeroncong.

Isyak masih belim tertunai.

Aduh!

Gara-gara bekerja "lebih masa", malah terlebih masa dari masa yang dipersetujui seawalnya. Janji selesai jam 10 malam, sudahnya jam 4 pagi baru berlepas pulang.

Ada pula mata-mata yang bertugas melakukan sekatan jalan. Satu persatu kereta ditahan, diintai-intai kandungan kereta. Kalau tak ada salah, apa mahu takut.

Selamba.

"Assalamualaikum".

Salam kan doa? Lagipun, kenalah juga pandai berbasa-basi. Abang polis menjawab perlahan. Adik polis sebenarnya. Muda lagi.

"Dari mana ni encik?"

Wah! Teguran yang sopan.

"Baru balik dari kerja", jawab dengan mata separuh terbuka. Angin malam memang begitu, bila menderu seperti mahu melekat rapat kelopak mata.

"Oh ye ke? Ok encik. Hati-hati ye memandu."

Wah! Mesra.

Saya suka begini.

Semoga polis-polis yang bertugas, dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.







Reactions

Post a Comment

0 Comments