Kecomelan kucing itu satu penyeksaan sebenarnya

Kucing.

Semenjak kehilangan Opet dan Oyen, kami sudah tidak ada rasa mahu memelihara lagi. Dua tahun bersama dua makhluk berbulu itu, sudah cukup untuk dijadikan kenangan. "Keputusan" mereka berdua untuk menghilangkan diri juga "tepat" pada masanya. Kehadiran si comel Hafiz memerlukan jarak fizikal yang jauh antara kedua-dua belah pihak.

Tetapi tetap ada rasa kekosongan itu.

Rasa mahu ada kucing itu, sesekali timbul juga. Tamba-tambah, jika ada yang comel-comel menyilang lalu di depan mata.

Arghhhh!

Kau lihat sendiri kawan. Makhluk secomel ini mahu kau singkirkan?









Geram. Kan?






Reactions

Post a Comment

0 Comments