[Buku] Cerita Cinta Ahmad Ammar (GPTD)

Cerita Cinta Ahmad AmmarCerita Cinta Ahmad Ammar oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia
Nilaian: 3 daripada 5 bintang

Bila melihat jumlah halamannya yang sebanyak 360 helai, saya sudah mula membilang-bilang hari yang mahu diperuntukkan. Mulanya mahu diketepikan sahaja, kerana ada buku yang lebih "senior" yang menuntut mahu dibaca dahulu.

Tetapi, kisah manusia istimewa ini masih lagi hangat diperkatakan. Jadi sebelum ianya menjadi suam, buku ini saya baca dahulu. Dan saya punya sedikit harapan dan jangkaan sebelum membaca buku ini.

Ternyata yang dibaca dan yang diharap tidak bertemu. Koleksi catatan kenangan orang-orang sekitar Allahyarham, hanya segelintir sahaja yang benar-benar menjentik rasa. Sememangnya cerita daripada keluarga lah yang paling sesuai untuk dikongsi. Mereka lebih kenal, lebih rapat. Sumber pertama. Selebihnya, entah lah. Ada yang kenangannya seperti terlampau dicari-cari, kenangan yang dikongsi agak "biasa". Ada pula yang seperti tidak ada apa-apa langsung kenangan yang menarik. Ada pula seperti mahu "berlumba-lumba" menunjukkan dialah yang paling rapat, paling kenal dan paling sayang kepada arwah.

Pandangan peribadi saya, ya.

Bukan itu yang saya mahu tahu. Saya mahu cerita tentang Ahmad Ammar ini. Siapa lah saya untuk menafikan keakraban mereka, itu hakikat yang mereka sudah tahu.

Mungkinkah kerana buku ini mahu dikeluarkan segera, tanpa mengambilkira kualiti, atau sekadar mahu mencukupkan syarat?

Ulasan buku yang lain







Reactions

Post a Comment

0 Comments