- Hmmmm...
- Aku tidak dapat tidak, membandingkan buku ini dengan siri-siri "Bercakap Dengan Jin" dan juga "Jibam"
- Kedua-dua buku mistik dan misteri ini punya pengaruh yang besar, terutamanya BDJ kerana buku itu menjadi pencetus minat aku untuk membaca.
- Dan kedua-dua buku ini membawa watak kanak-kanak dalam penceritaannya.
- Jadi, "adil" lah aku membuat perbandingan.
- Aku senaraikan apa yang aku suka pada buku-buku yang aku sebut di atas;
- Tiada (atau hampir tiada) adegan 18SX
- Tidak perlu penceritaan fizikal entiti yang keterlaluan untuk menimbulkan rasa seram, membayangkan suasananya sahaja sudah meremangkan bulu roma
- Ini pula perbandingan dengan buku AJAIB ini;
- Banyak adegan 18SX. Maaf. 12SX!
- Lebih banyak bercerita tentang watak-watak, berbanding dengan perkara "ajaib" itu sendiri
- Kisah "ajaib" itu serasa bagai kisah sampingan
- Buku ditulis memang bertujuan untuk dibuat sambungan (ada kisah tergantung).
- Buku ini mendapat rekomendasi yang agak tinggi, kerana itu aku beli. Tetapi selesai membaca, buku ini "tidak sesuai" dengan "orang tua" seperti aku
- Targetnya mungkin untuk golongan remaja, tetapi yang pasti aku tidak akan benarkan anak-anak aku membacanya.
Ulasan peribadi. Lain orang, lain pandangan.
0 Comments