Sungguhku tak mampu, menanggu rindu..
ah.. ah.. ahh
Pabila diriku, jauh darimu..
ah.. ah.. ah..
Itu antara bait-bait kata lagu Rindu dendangan Amalina yang popular satu ketika dahulu. Itu lagu dangdut, tahu?
Hari ini, yang bersyahdu berdangdut rindu ialah seorang abah, seorang suami yang comel perutnya, berjauhan dengan anak isteri.
Rindu.
Atas alasan tertentu, umi dan anak-anak pulang ke Langkawi lebih awal daripada jadual asal. Dua minggu lah abah berjauhan dengan kesayangan. Nasiblah abahnya hanya berbaki cuti satu hari dih ujung tahun, mana mungkin mahu berkampung selama 14 hari?
:(
Waktu ini, sudah hampir 47 jam tidak bertentang mata. Yang menambah sengsara, tentulah rindu yang tak terkata pada si bongsu.
Alahai!
Mulutnya yang baru belajar menjadi riuh, langkahnya yang sudah mulai melaju. Senyumannya yang berseri dua batang gigi.
Dalam feri |
Kesejukan |
Di bawah pokok kelapa |
Rindu betul!
0 Comments