Cerita Haji Hari Khamis

Umrah 2012
Kenangan Umrah dengan kekasih tahun 2012, berhadapan pintu masuk King Abdul Aziz
  1. Sebentar tadi ke Tabung Haji di Jalan Tun Abdul Razak. Mahu mengemaskini buku simpanan yang sudah lama tertangguh. Paling akhir dikemaskini ialah pada tahun 2013. Itupun sebab ada membuat pengeluaran. :)
  2. Urusan di kaunter TH Jalan Tun Razak tidak memerlukan masa yang lama. Ruang menunggu juga selesa.
  3. TH juga menawarkan perkhidmatan atas talian (seperti M2U, CimbClicks) bagi sesetengah urusan. Sekiranya mahu membuat capaian atas talian, TH menyediakan perkhidmatan online bernama myTaha. Untuk mendaftar;
    1. Pergi ke pejabat TH yang berhampiran. Bawa buku simpanan TH dan MyKad.
    2. Di kaunter, minta nombor pin untuk mengaktifkan akaun myTaha.
    3. Tuan punya akaun perlu hadir sendiri kerana urusan memerlukan pengesahan cap ibu jari.
    4. Selesai
  4. Alhamdulillah. Mengikut baki terkini, sudah layak untuk menampung kos perbelanjaan ke sana dengan cara muassasah (cara biasa dan diuruskan TH).
  5. Cuma, giliran haji yang diberi ialah tahun 2034. :(
  6. Sekiranya tuan/puan baru mahu mendaftar haji hari ini (Khamis, 2 April 2015), giliran tuan/puan ialah pada tahun 2082.
  7. Untuk makluman, kos untuk menunaikan haji bagi yang pertama kali ialah RM9,980, harga selepas diberi subsidi oleh kerajaan. Harga asal dalam lingkungan harga RM17,000.
  8. Untuk proses rayuan, berikut diberikan sedikit panduan oleh cik puan yang menjaga kaunter tadi;
    1. Sesiapa sahaja yang SUDAH MENDAFTAR, sudah boleh membuat rayuan. Walaupun simpanan di TH masih belum mencukupi, rayuan dibenarkan. Saya mulanya berpendapat ini tidak patut diizinkan kerana boleh melambatkan giliran orang lain. Tetapi ada logiknya juga (merayu tanpa simpanan yang cukup) kerana perayu mungkin membuat simpanan di tempat lain.
    2. Rayuan dibuat BERTERUSAN. Sekiranya tahun ini ditolak, teruskan merayu. Kesungguhan itu mungkin akan menjadi "key point" untuk penilaian seterusnya.
    3. Rayuan boleh dibuat selepas 1 Muharam setiap tahun.
    4. Untuk suami isteri yang gilirannya tidak sama, boleh buat rayuan bersama.
    5. Sebaiknya, hantar terus (by hand) ke pejabat Tabung Haji, kerana urusan emel dan surat pos akan menyebabkan "nombor giliran" surat kita akan keterbelakang.
  9. Cik Puan di kaunter juga berpesan, sekiranya rayuan berjaya;
    1. Wang dalam akaun mesti cukup dalam tempoh dua (2) minggu tawaran diberi.
    2. Sekiranya menolak, pastikan alasannya kukuh (seperti ada kematian, menerima rawatan) kerana alasan yang "remeh" boleh menyebabkan permohonan seterusnya akan menghadapi sedikit kesukaran.
  10. Untuk pakej swasta, harganya 3 kali ganda dari harga muassasah. Harganya dalam anggaran bermula dari RM30,000 sehingga RM170,000 (pakej VIP).
  11. Walaupun pakej swasta, masih perlu menghantar surat rayuan kerana bilangan menunggu juga sangat ramai. Pakej biasa mahupun pakej VIP, perlu rayuan.
  12. Insya-Allah, sama-sama kita usahakan agar impian kita untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima ini dapat ditunaikan.
  13. Persediaan sekarang; tambahkan ilmu (cara menunaikan haji), lipatgandakan usaha untuk menyimpan (sekiranya mahukan pakej swasta), dan jaga kesihatan.

"LABBAIK ALLAHHUMMA LABBAIK"







Reactions

Post a Comment

0 Comments