I12BDCCU |
Remaja dulu-dulu, sebelum zaman penjajahan MatZukebek (bukan nama sebenar), tulis surat kepada makwe pakwe itu biasalah. Kadang-kadang guna sticky note pun jadi.
Sebagai seorang posmen tak rasmi, posmen yang sentiasa terabai kebajikannya, terdorong juga mahu tahu apa yang ditulis oleh pasangan bercinta ini. Jadi kita intai sipi-sipi, tak nak bagi ketara lipatan kertas cinta itu terbuka. Mana tahu bedak Cuticura tertumpah keluar. Bahaya tu, pedih kalau masuk mata.
Walhal posmen tak tahu, pakwe makwe zaman tu pun dah boleh agak perangai pecah amanah posmen ni. Jadi, mereka tulis kod. Bila kita baca, letih juga nak decrypt. Sampailah posmen pun dah ada makwe, baru lah ada sedikit pencerahan. Antara kod rahsia yang sering digunapakai;
I12BDCCU
Huh! Makwe pakwe zaman sekarang mana tahu nak pakai simbolik-simbolik semua ni.
Mahu tahu apa maknanya?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
I - I
1 - One (Want)
2 - Two (To)
B - Be
D - Di
C - Si
C - Si
U - You
I Want To Be Di sisi You.
Saya mahu berada dekat dengan awak.
Kah kah kah!
Kreatif betul bila sudah kemaruk cinta!
0 Comments