It's Trevor Noah : Born a Crime (Stories from a South African Childhood)
Terbitan;
Delacorte Press
Harga;
RM51.95 (Kedai Buku Popular)
1. Saya tidaklah begitu mengikuti Trevor Noah ini, seorang stand-up comedian yang agak terkenal saya kira.
2. Video "lawak" beliau selalu muncul di feed FB saya, selalunya saya tonton juga.
3. Lama baru saya tahu, dia adalah anak kacukan orang "putih" dan orang Afrika, dan berasal dari Afrika Selatan.
4. Buku ini muncul serentak dengan waktu saya mengikuti videonya, jadi timbul rasa ingin tahu kisah di sebalik kehidupan seorang Trevor Noah.
5. Seperti tajuk buku, isinya lebih banyak menceritakan kisah hidup beliau bersama ibunya dalam suasana Afrika yang mendesak; lahir ketika dasar apartheid masih menguasai, kehidupan yang tidak berpihak kepada orang "hitam" termasuklah anak kacukan seperti beliau.
6. Buku ini jelas sebagai satu dedikasi Trevor kepada ibunya, yang sangat kuat dan tabah mengharungi hidup sebagai ibu tunggal, kemudian berkahwin dengan pembuli, dan klimaksnya terjadi satu insiden yang hampir meragut nyawa.
7. Ibu Trevor sememangnya menjadi inspirasi hidup yang sangat kuat. Kecekalannya untuk keluar dari kebiasaan dan melanggar aturan masyarakat, membentuk Trevor yang ada pada hari ini.
8. Tidak ada langsung kisah bagaimana Trevor menjadi seorang comedian. Buku ini hanya menceritakan kisah hidup zaman kecil (dan remaja) beliau. Saya jangka, akan ada buku yang lain untuk bab ini.
9. Kalau mahu mencari inspirasi (bersempena tahun baru), saya sarankan buku ini untuk dibaca.
_____
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
1 Comments
Menarik! Saya selalu tengok video dia. Dia selalu selit kisah hidup dia sejak kecil. Nanti saya mahu cari juga buku ini.
ReplyDelete