Operation Nasi Kerabu: Finding Patani in an Islamic Insurgency
Terbitan;
ZI Publications
Harga;
RM10 (BBW Serdang, 2019)
1.
Buku ini terbit selepas dokumentari tentang "pemberontakan" Patani untuk tayangan TV tidak dilepaskan oleh kerajaan Malaysia (zaman PM6).
2.
Zan Azlee berkelana ke Patani, bumi selatan Thailand yang sering diwar-warkan dengan pemberontakan rakyat tempatan melawan kerajaan Thailand. Beliau ditemani seorang journalist tempatan, jadi beliau mendapat sumber cerita yang lebih mantap.
3.
Isu yang dikupas menjurus kepada apa yang rakyat Patani (Melayu Islam) tempuhi, juga apa yang mereka mahu.
4.
Kehidupan di Patani berlaku seperti biasa, walaupun tentera ada di sana sini. Namun, ada aura yang mengepung tak kelihatan, tentang perasaan marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain.
5.
Sudah tentu, peristiwa-peristiwa yang berlaku antara golongan yang dikatakan pemberontak dan tentera kerajaan, membekas sangat dalam pada setiap jiwa Patani.
6.
Pembunuhan beramai-ramai, atas apa jua justifikasi, di dalam sebuah masjid, adalah satu sejarah hitam yang tak akan pernah dilupakan.
7.
Zan Azlee membawa perasaan orang Patani dalam buku beliau, sedikit sebanyak memberi kefahaman tentang apa yang berlaku dan apa yang mereka mahu. Tentang bahasa, tentang budaya Melayu, tentang ekonomi.
8.
Sebuah buku yang saya kira memadai untuk pengetahuan "Patani 101".
9.
Dokumentari beliau yang tak dapat ditayangkan di TV, ada dikongsikan di Youtube. Ada 15 video, dan ini yang pertama; https://youtu.be/2FjbDOwbmaE
0 Comments