[Ulasan Buku] Bulan Oleh Tere Liye

Bulan Oleh Tere Liye

1
Pengembaraan Raib, Seli dan Ali diteruskan ke Klan Matahari, tanah asal keturunan Seli. Mereka ditemani Av, Cikgu Selena dan Ily dari Klan Bulan untuk satu misi khas.

2
Kedatangan mereka di Klan Matahari disambut meriah, namun satu kejutan besar menanti 4 anak muda itu. Raib, Seli, Ali dan Ily secara tiba-tiba terjerumus ke dalam satu pertandingan besar yang diadakan setiap tahun di Klan Matahari.

3
Tidak mempunyai banyak pilihan, mereka menyertai pertandingan memburu bunga matahari itu dengan persiapan minit akhir.

4
Waktu ini saya terbayangkan siri The Hunger Games, tentang ikhtiar kelangsungan hidup, cabaran yang pelbagai dan persaingan antara peserta.

5
Cabaran yang ada juga seperti iras-iras The Hobbit (lawan teka-teki) dan lain-lain filem fiksyen fantasi yang pernah saya tonton.

6
Namun Tere Liye membawa cerita ini mengikut acuannya tersendiri, menerapkan unsur nusantara seperti penduduk yang mengusahakan sawah di tengah kemajuan pesat dunia moden Klan Matahari.

7
Sepanjang pengembaraan ini, Ra dan Sel semakin menguasai kuasa yang mereka perolehi (daripada buku Bumi), Ali semakin bijak dan Ily banyak membantu dengan pengalaman yang ada.

8
Kemuncak pertandingan mempunyai plot twist yang seakan boleh dijangka, namun tidak menghampakan. Cuma pengakhiran agak tergesa-gesa, atau memang disengajakan dan disambung dalam buku ketiga; Matahari.

Bulan Oleh Tere Liye

Berbaloi untuk dibaca.

#sharulmembaca
#malaysiamembaca





Reactions

Post a Comment

0 Comments