Cerita Tiga Sepupu

Beruntunglah tiga sepupu ini yang usianya masih jauh dengan "seksaan" duniawi. Hidup gembira setiap hari menanti waktu untuk menjejak kaki ke laman dan membasahkan diri dengan peluh.

Bahagia.

Abah cemburu.

Tapi benarkah cemburu? Atau sebenarnya tamak? Kerana pengalaman indah ini pernah saya lalui satu ketika dahulu, dan saya mahukannya lagi sewaktu usia semakin meningkat banyak.

Bergembiralah, nak.

Nikmati hidup yang bebas tanpa dosa ini.

Kerana abah juga merasa tempias kegembiraannya.

Cerita Tiga Sepupu
Cerita Tiga Sepupu
Cerita Tiga Sepupu






Reactions

Post a comment

0 Comments