Komunis celaka!
Memang tak selayaknya mereka hidup di bumi ini. Jahat sejahat-jahatnya. Kepada mereka yang bersungguh-sungguh membawa abu najis bangs*t ini ke Malaysia, kau pun harapnya hidup terseksa seperti mana yang terjadi kepada askar-askar (dan orang awam) yang terkorban diseksa komunis.
Marah betul aku!
Baca buku ini dan selami sendiri pengalaman sebenar perajurit negara melawan musuh jahat ini.
Maaflah.
Jadi emo. Banyak catatan peristiwa berlaku dalam buku ini terjadi sewaktu abah saya masih lagi berkhidmat sebagai askar. Alhamdulillah abah masih dipanjangkan umur. Tak hairanlah menjelang hari kemerdekaan, abah bersemangat mengibar Jalur Gemilang.
Kemerdekaan bukan murah, kawan!
********
Itu status yang saya letakkan di FB selepas membaca buku ini. Saya jadi beremosi; marah, geram, sakit hati dan sedih. Saya tahu, komunis memang celaka dan jahat. Banyak perkongsian yang saya baca selain daripada buku ini, tapi entah kenapa saya menjadi betul-betul terkesan selepas menamatkan pembacaan.
Lagi-lagi memikirkan yang boleh menjadi mangsa kekejaman komunis ini ialah bapa saya sendiri (berkhidmat dari tahun 1965-1977). Waktu itu, komunis ini masih berkeliaran dalam hutan negara.
Tak faham. Tak faham betul ada manusia celaka di Malaysia ini begitu bersungguh mahu membawa pulang abu bangs*t komunis untuk dikebumikan. Entahlah, katanya sudah sampai pun. Moga saya tak berjumpa kuburnya. Mungkin kalau tak saya kencingkan, saya ludah segala kahak yang ada.
Benar, saya dirasuk emosi. Sepatutnya saya tak menulis ulasan ini dalam keadaan marah, tapi biarlah.
Biar rasa benci dan jijik kepada komunis ini sentiasa meluap-luap.
Kerana kau tak akan tahu perit pedihnya perjuangan perwira negara yang mahu memerdekakan negara.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Kepada yang terkorban, semoga syurga paling mewah untuk kalian.
Al-Fatihah.
0 Comments