Bokehlicious!

Saya dan Ervinna, sahabat sewaktu bekerja di Cyber Village sekitar 20 tahun lalu, berpakat mahu mengaktifkan semula aktiviti fotografi. Kami mempunyai hobi yang hampir sama; membaca, mengembara, meneroka alam semulajadi dan sudah tentu fotografi.

Walaupun dia sudah tinggal jauh di Kuching, Sarawak, teknologi hari ini memudahkan kami berhubung dan merancang aktiviti.

Hari itu, kami buat rain photography.

Kemudian, ada juga melibatkan toys.

Sekarang, bertambah satu lagi "ujikaji" kemahiran kami dalam genre bokeh.

Apa itu bokeh?

In photography, bokeh is the aesthetic quality of the blur produced in out-of-focus parts of an image. Bokeh has also been defined as "the way the lens renders out-of-focus points of light". Differences in lens aberrations and aperture shape cause very different bokeh effects. - Wikipedia

Ini antara hasil yang saya dapat menggunakan kamera Olympus OMD EM II, dengan prime lens 45 mm. Sedikit editing juga saya buat menggunakan Adobe Lightroom.

Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam
Lokasi; tepi jalan dengan bumbung kereta ada basahan hujan


Permainan Sebagai Subjek

Oleh kerana bersemangat nak mencari lampu untuk bermain bokeh, saya merancang untuk membawa kamera ketika membeli sarapan pagi. Dan tak ketinggalan, saya bawa juga permainan kerdil sebagai subjek utama. Menarik juga.

Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam
Bokehlicious! by Sharulnizam

Tengah mencangkung ambil gambar sementara menunggu roti canai dan capati siap, saya dengar siutan dari jauh. Saya menoleh mencari punca, rupanya ada brader yang sedang menurunkan ais memanggil saya.

"Ambil gambar aku, bro!"

Itu mesej telepati yang saya terima, berdasarkan isyarat tangan yang dia bagi.

Ini peluang yang tak boleh dipersiakan kalau mahu jadi street photographer.

Tapi tu lah.

Dah lama tak buka kamera, jadi menggagau nak buat setting. Sudahnya guna saja setting yang ada, tergesa-gesa takut brader tu selesai kerja dan balik.

Terima kasih, abang bro.

Semoga urusan pekerjaan abang bro dipermudahkan.

Bokehlicious!


Cari juga kami di IG kalau mahu lihat gambar-gambar yang dihasilkan.

sharulnizam.photos

woof77

Jumpa di sana!







Reactions

Post a Comment

0 Comments