Tips Penjagaan Mata

Bekerja memandang laptop/pc seharian memang meletihkan mata. Apa lagi sampai satu waktu kita naik "sheikh", memang boleh mengadap skrin lebih dari dua jam.

Ini tips yang dikongsi Radio IKIM sebentar tadi. 

1. 
Berhenti seketika dan alihkan pandangan mata kepada objek yang yang berada pada jarak jauh. Tapi usahlah dipandang pada kenangan timbangan berat mu yang lalu kerna ia bisa merosak perasaan. 

2. 
Buat senaman mata. Pandang ke sudut paling kanan, kiri, atas dan bawah, biar sampai nampak putih mata. Alaa.. macam kau buat selalu bila dengar ahli politik berucap tu.

3. 
Lihat kepada objek yang berwarna hijau, terutamanya yang bersifat alam semula jadi. Semoga bermanfaat. 

Radio IKIM
Isnin, 11 Januari 2021
6.24 pagi 

📷 Huawei P20 Pro 
🖌️ Adobe Lightroom

 

Tips Penjagaan Mata
Tips Penjagaan Mata
Tips Penjagaan Mata






Reactions

Post a Comment

0 Comments