Keraian Kecil Untuk Calon SPM Promax 2020

Semalam, kami beli sebiji kek dan sedikit pizza untuk majlis kecil anak-beranak. Saja, buat makan-makan meraikan abang Haris yang baru dapat keputusan SPM 10 Jun yang lepas.

Keputusan Haris biasa-biasa saja. Tak cemerlang dan tak juga mengecewakan. Sedang elok. Jadi ini adalah untuk meraikan hasil usaha dia dengan keterbatasan musim Covid-19 yang lepas, dan kami bangga juga dengan usaha dia yang membuahkan hasil.

Apa pun pencapaian anak, raikan saja.

Dan kami berdua sebagai ibu bapa sudah nekad membuang jauh-jauh perangai mahu membandingkan pencapaian anak dengan anak orang lain. Kenapa perlu tamak, mahukan semuanya? Walhal apa yang kita perolehi, sudah banyak benar ehsan Yang Maha Pemurah. Itu pun sering terlupa untuk bersyukur.

Astaghfirullah.

Untuk abang Haris, moga terus cemerlang.

Satu lagi pintu cabaran dibuka. Doa abah dan umi moga abang terus berjaya, di dunia dan akhirat.







Reactions

Post a Comment

0 Comments