OOTD Di Langkawi Paradise 101

Sebelum sampai di Langkawi, ipar dan biras saya sudah mencadangkan kami untuk ke tempat tarikan baru iaitu Langkawi Paradise 101. Pulau buatan ini katanya dibina ketika penggambaran filem epik Anna & The King lakonan Chow Yuen-Fatt dan Jodie Foster pada tahun 1999. Saiznya tidaklah begitu besar, saya kira mungkin besar sedikit daripada saiz padang bola.

Untuk ke sini agak mudah. Pulau ini terletak di Pantai Kok dan ruangan parking betul-betul terletak di sebelah jeti untuk ke seberang.

Harga per kepala ialah RM30 dan kanak-kanak bawah 8 tahun tidak dikenakan bayaran. Tak perlu lama pun menunggu bot, selesai saja buat pembayaran dan sesi penerangan, sudah boleh berlepas ke Paradise 101.

Bot yang digunakan kecil saja, boleh memuatkan sehingga 15 orang penumpang dalam satu-satu masa. Jarak antara jeti di Pantai Kok ke pulau hanya mengambil masa kira-kira 5 minit. Memang sekejap sangat.

OOTD Di Langkawi Paradise 101
OOTD Di Langkawi Paradise 101


Baucar Makanan Dan Aktiviti

Oh ya!

Untuk bayaran sebanyak RM30 seorang itu, boleh digunakan untuk makan atau melakukan apa-apa aktiviti di sana.

Misalnya untuk makan tengah hari, sepinggan Kuey Teow berharga sekitar RM20 dan segelas Teh O Ais Limau pula berharga RM10. Bayaran RM30 tadi boleh digunakan untuk membayar harga makanan tadi. Sekiranya harga makanan lebih mahal, perlu lah menambah duit lagi. 

Sama juga jika mahu membuat aktiviti seperti bermain jetski, banana boat dan lain-lain. Bayaran awal tadi boleh dijadikan sebagai baucar. Dan tak semestinya digunakan secara individu, boleh juga digabungkan sekiranya datang beramai-ramai.

OOTD Di Langkawi Paradise 101


OOTD

Kami tak lama pun di sini. Saiz pulau yang kecil, dalam tempoh 30 minit sudah boleh habiskan lawatan. Untuk kami yang tak melakukan apa-apa aktiviti selain bergambar, Paradise 101 Langkawi ini biasa-biasa saja. Mungkin berbeza jika kami mandi pantai, bergayut zip line, kayak, atau pun sunset cruise. Dan semua ini ada kosnya.

Yang menarik, dan sudah tentu mengikut trend terkini ialah binaan-binaan menarik untuk bergambar. Orang kata, OOTD. Entah betul entah tidak penggunaan istilah ni, wallahualam. Selalunya tempat bergambar begini banyak saya lihat di Indonesia, seperti pengalaman saya sendiri sewaktu ke Jogjakarta pada tahun 2018. Trend ini perlahan-lahan mula merebak di Malaysia dan menjadi tumpuan orang muda.

Macam saya yang dah acik-acik ni, bergambar jugalah sekeping dua buat kenangan.

Kah kah kah!

Yang paling saya suka, ada satu bahagian kita akan nampak Gunung Mat Chincang dengan kereta kabel yang bergayutan. Rasa gah betul!

OOTD Di Langkawi Paradise 101
OOTD Di Langkawi Paradise 101
OOTD Di Langkawi Paradise 101
OOTD Di Langkawi Paradise 101
OOTD Di Langkawi Paradise 101


Langkawi Paradise 101

Sekiranya tidak ada tempat tujuan lain jika sudah berulang kali ke Langkawi, pulau buatan ini bolehlah dijadikan pilihan untuk dikunjungi. Cuma pastikan pergi bukan begitu saja, rancang juga aktiviti yang mahu dibuat. Kalau tak, bosan!

Trivia;
Kenapa ada "101" di belakang nama Langkawi Paradise? Asalnya Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau, dan kemudian ditambah (pulau buatan) sebanyak dua buah lagi. Maka, itulah asal namanya "101" itu.







Reactions

Post a Comment

0 Comments