Minggu lepas layan siri Squid Game di Netflix. Cik Milah kata kecoh di media sosial (FB), jadi dua hari bercuti melekatlah kami di rumah mengadap tv.
Ganas juga. Adegan intim pun ada. Jadi sila berhati-hati kalau mahu menonton. Saya memang tak diberi amaran adanya babak tu.
Menarik pun ya juga. Korea Selatan memang agak maju dalam hal perfileman. Walaupun saya meluat menonton K-Drama yang melibatkan percintaan gedik-gedik antara hero dan heroin, tapi tak dapat saya nafikan hampir setiap produk filem/drama akan mengangkat sesuatu subjek dengan cemerlang. Baik isu semasa, kerjaya profesional, pendidikan, budaya, sains dan teknologi, dan lain-lain.
Untuk Squid Game ini, mungkin isu yang mahu diangkat berkaitan sifat tamak haloba manusia yang akhirnya terjerumus ke dalam kancah perjudian nyawa.
Masalahnya selepas menonton siri ini, makin kerap pula saya terdengar suara kanak-kanak yang bermain permainan "Red Light Green Light". Terngiang-ngiang. Permaianan yang sama seperti "Pukul berapa datuk harimau?" versi Malaya.
Jadi, saya pun buatlah satu video parodi Squid Game ni sekadar untuk memeriahkan suasana.
Eheh! Layan.
0 Comments