Vaksin Kanak-kanak Untuk Sibongsu

Isnin, 21 Februari 2022.

Alhamdulillah, ahli keluarga terakhir dalam keluarga kami sudah pun dapat suntikan vaksin yang pertama. Hafiz dengan selamba disuntik Pfizer di bawah program PICKIDS kerajaan Malaysia.

Bertempat di WTC KL, saya menemankan sibongsu sementara umi menunggu di kereta. Proses berjalan lancar tanpa ada masalah. Kesan sampingan pun hampir tak ada kecuali dia rasa mengantuk selepas sejam disuntik. Sempatlah dia tidur dalam kereta sekejap.

Tak ada aral, 8 minggu lagi Hafiz akan diberi suntikan kedua.

Bila dah lengkap nanti, makin ligatlah kita merayau kan Hafiz?

Heh!


PCKIDS Vaksin Covid-19 Kanak-kanak
PCKIDS Vaksin Covid-19 Kanak-kanak
PCKIDS Vaksin Covid-19 Kanak-kanak
PCKIDS Vaksin Covid-19 Kanak-kanak
PCKIDS Vaksin Covid-19 Kanak-kanak






Reactions

Post a Comment

0 Comments