Perpustakaan Mini Di Rumah

Semasa saya mula kembali membaca, saya tak ambil pusing hal tempat menyimpan buku. Asal boleh selit, saya selit.

Kemudian daripada hobi membaca, timbul pula hobi baru yakni membeli buku. Ya, kawan. Membaca buku dan membeli buku adalah dua hobi yang berbeza. Maka, dari sehari ke sehari bilangan buku di dalam rumah semakin bertambah memaksa saya membeli satu almari buku. 

Tiga empat tahun kebelakangan ni, saya mula terfikir mahu ada perpustakaan mini sendiri memandangkan buku saya sudah memenuhi segenap ruang almari. Buku anak-anak langsung tak dapat menyelit, masing-masing simpan di almari yang lain. Kebetulan, ruang bawah tangga sudah begitu bersepah dan orang rumah saya sudah berkali-kali meminta dibuatkan kabinet. Alang-alang, boleh lah buat almari buku sekali. 

Perpustakaan Mini Di Rumah
Hafiz dan rak buku


Alhamdulillah.

Cita-cita saya terlaksana juga akhirnya. Walaupun masih tak dapat memuatkan semua buku, saya cukup berpuas hati.

Ada rezeki, tahun depan saya buat lagi rak di tingkat atas rumah.

Ini, ada beberapa keping gambar rak buku saya yang baru.


Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Buku-buku yang belum disusun


Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Buku-buku siap disusun


Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Buku-buku Agustinus Wibowo


Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah
Perpustakaan Mini Di Rumah






Reactions

Post a Comment

0 Comments