Satu Petang Di Kuala Lumpur

Petang tu, saya menziarahi mak di hospital. Entah sudah hari ke berapa mak terlantar di Wad 3, Bilik 2, Katil 10. Saya hilang kira.

Yang berbeza hari tu, saya bawa kamera. Sebenarnya beberapa hari sebelum, saya sudah berangan-angan mahu memetik picu kamera di sana.

Bukan di hospital, tapi di Kampung Baru yang bersebelahan. 

Saya jadi khayal melihat suasana petang menghampiri senja di ibu kota. Panahan matahari yang terpantul dek cermin bangunan tinggi, menebarkan rasa yang tenang.

Ironi.

Tanah Kuala Lumpur sentiasa hingar. Tapi keajaiban rasa sememangnya rahsia yang terungkai.

Dengan Honda merah beroda dua, saya menelusuri Jalan Raja Abdullah merakam beberapa keping gambar buat melepas gian.

Kuala Lumpur.

Ada masa sangat rimas, ada masa sangat kagum.


Satu Petang Di Kuala Lumpur
Satu Petang Di Kuala Lumpur
Satu Petang Di Kuala Lumpur
Satu Petang Di Kuala Lumpur
Satu Petang Di Kuala Lumpur
Satu Petang Di Kuala Lumpur






Reactions

Post a Comment

0 Comments