Meraikan Syawal di pejabat kali ini, berbeza benar berbanding waktu-waktu sebelumnya.
Bertahun-tahun menyambut Aidilfitri di syarikat lama, hiasan ketupat dan rendang bagai malu-malu mahu menyerlah. Berbanding dengan tarian singa dan tanglung merah yang bergantungan, perayaan begitu lebih mendominasi.
Sehinggalah saya bertukar ke syarikat baru, Aidilfitri bukan setakat di rumah dan di kampung.
Pertandingan deko raya dianjurkan.
Kami turut serta.
Terpaksa pun, ya juga.
Konsepnya tradisional.
Kami cuba menjadi kreatif.
Dan akhirnya deko raya kami mendapat tempat yang ketiga.
Seronok.
Pengalaman baru yang lebih dekat di hati. Lebih diraikan, lebih terasa nilai kebersamaan.
Alhamdulillah.

0 Comments